Hukum Membatalkan Puasa Dengan Sengaja (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t…

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat rakan-rakan pembaca blog saya.

Selain itu, sempena Bulan Ramadhan ini, saya berhajat untuk berkongsi masalah-masalah yang kita hadapi dalam ibadah puasa di bulan Ramadhan serta hukumnya dan dalil secara ringkas.

Apakah hukum membatalkan puasa secara sengaja?

Dalam hal ini, kita perlu membezakan antara puasa wajib dan puasa sunat. Orang yang berpuasa wajib tidak boleh membatalkannya dengan sengaja dan hukumnya adalah haram melainkan dalam beberapa keadaan yang dibenarkan. Manakala, berbuka puasa sunat adalah dibenarkan. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Hani radhiyallahu anha:

عَنْ أُمِّ هَانِئٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا، فَدَعَا بِشَرَابٍ، فَشَرِبَ، ثُمَّ نَاوَلَهَا فَشَرِبَتْ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَمَا إِنِّي كُنْتُ صَائِمَةً، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” الصَّائِمُ الْمُتَطَوِّعُ أَمِيرُ نَفْسِهِ، إِنْ شَاءَ صَامَ، وَإِنْ شَاءَ أَفْطَرَ “

Maksudnya: Daripada Ummu Hani radhiyallahu anha, sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaih wasallam telah mengunjunginya, maka baginda sallallahu alaihi wasallam telah meminta minuman maka baginda minum, kemudian dia menungkannya maka beliau (Ummu Hani) juga minum, maka berkatalah Ummu Hani: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berpuasa. Maka Rasulullah s.a.w. membalas bahawa : “Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin bagi dirinya, jika dia mahu maka puasalah dan jika dia mahu maka berbukalah” (Riwayat Imam Ahmad Dan Imam Baihaqi dalam Sunan Kubra)

Oleh kerana itu, orang berpuasa dengan puasa wajib tidak mempunyai pilihan melainkan terus berpuasa dan orang yang berpuasa dengan puasa sunat boleh memilih untuk berpuasa atau tidak berpuasa.

Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dibenarkan untuk berbuka dengan sengaja dalam keadaan berikut:

1 Kanak-kanak yang belum baligh. Hal ini berdasarkan hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang berbunyi:

)) رفع القلم عن ثلاث : ….و عن الصبي حتى يحتلم((

Maksudnya:

Diangkat Al-Qalam daripada tiga perkara: “… dan daripada kanak-kanak kecil sehingga bermimpi (baligh)”.                  (Ririwayatkan dalam kitab Al-Mustadrak ala sahihain)

2 Orang sakit dan bermusafir. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah:

2:184

Maksudnya: Beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak puasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang tidak berpuasa itu) pada hari yang lain… Surah Al-Baqarah: 184

3 Perempuan yang menyusukan anak. Mereka perlu qadha’ dan harus membayar fidyah.

4 Orang tua yang lanjut usia (jika melakukannya, dia dalam keadaan susah). Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. ( rujuk di atas):

Maksudnya: “Dan wajib ke atas orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) : memberi makan orang miskin” (Surah Al-Baqarah: 184)

Ok. Setakat itu dahulu. Jumpa lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s