(gambar ni je yang ade)
Sedikit maklumat tentang pengarang. Matlamat maklumat ini dikongsi supaya pengarang lebih serius dalam berkongsi dan bertanggungjawab dengan setiap penulisan yang dikongsi di blog ini.
Nama pengarang Mohd Fakurazi Bin Ghazali. Anak ke 6 daripada 9 adik beradik. Dilahirkan di Taman Muda, Ampang pada 27.01.1990. Kemudian menetap di Kelantan bersama keluarga di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Kelantan.
Latar Belakang Pendidikan
Memulakan pendidikan secara formal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kg. Chenderong Batu pada umur 4 tahun sehingga 6 tahun. Kemudian, meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Islam Sri Kiblah di Telipot, Kota Bharu. Link sekolah: http://www.srikiblahkb.com/portal/
Ketika berumur 10 tahun, pengarang memulakan pengajian di Maahad Tahfiz Darussalam. Link sekolah: http://tahfizdarussalam.blogspot.com/
Seterusnya, ketika berumur 12 tahun, pengarang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bharu. Di sekolah ini, pengarang terdedah dengan banyak kegiatan sukan. Antaranya, sukan sepak raga dan bola sepak. Link sekolah: https://foursquare.com/v/sekolah-kebangsaan-temenggong-abdul-rahman-1/4d180b91816af04db69f53c2
Pada peringkat menengah, pengarang pulang semula ke Kelantan dan belajar di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Di sini, pengarang mula didedahkan kepada bidang kepimpinan dan dakwah. Seawal umur 14 tahun, pengarang sudah dilantik menjadi pengawas sekolah dan AJK Badan Dakwah. Pada umur 16 tahun, pengarang telah mewakili sekolah dalam bidang syarahan bagi peringkat kawasan di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Seterusnya, pada umur 17 tahun, pengarang telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Maahad Muhammadi Pasir Mas merangkap Ketua Umum. Selain itu, pengarang juga dilantik Ketua Exco Rohani bagi Badan Dakwah. Link sekolah: http://mmpm.yik.edu.my/
Setelah mendapat keputusan SPM, pengarang telah bertekad untuk mencari pengalaman dalam bidang kerjaya bagi dibawa bekal untuk masa depan. Pengarang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka selama 2 bulan sebagai guru ganti bagi matapelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Link sekolah: http://skchenderah.wikispaces.com/
Dalam masa yang sama, pengarang juga berkhidmat sebagai warden di Pusat Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ), Melaka.
Pada peringkat universiti, pengarang telah melanjutkan pengajian di Maghribi bagi peringkat diploma dan ijazah. Pengajian pengarang bermula di Universiti Muhammed V, Souissi, Rabat, Maghribi. Pengajian diploma selama 2 tahun dan ijazah selama setahun berakhir pada bulan 7 tahun 2011 di bidang Pengajian Islam dengan pangkat Mustahsan.
Kemudian, meneruskan pengajian Sarjana di Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes, Maghribi dalam bidang Qawaid Fiqhiyyah dan Usuliyyah. Pengarang masih meneruskan pengajian ini dan sedang belajar bagi semester kedua. Pengajian peringkat sarjana di sini memerlukan masa 2 tahun pembelajaran termasuk tesis.
Latar Belakang Blog
Memulakan penulisan dalam blog ini pada pertengahan bulan Jun tahun 2010. Tujuan menulis blog ini lebih kepada membantu merungkaikan beberapa permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Dewasa ini, penulisan di dalam blog sudah pelbagai, namun, tidaklah semuanya memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, pengarang berhasrat untuk membantu merungkaikan beberapa masalah yang terdapat di dalam masyarakat dalam pelbagai bidang yang boleh dicapai. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Maklumat Untuk Dihubungi
Para pembaca boleh berkomunikasi dengan pengarang dengan menghantar kepada email pengarang:
al_naqsyabandiah@yahoo.com.my
fakurazi@gmail.com
Facebook pengarang:
Mohd Fakurazi Bin Ghazali.
Serta ruangan komen bagi setiap artikel.
Segala kerjasama daripada rakan pembaca amatlah dihargai.
mcm mana nak pndai b.arab dab bi…..ct punya masalah dale 2 bahasa nieh……..
hehe. insyaAllah, pandailah tu. pandainya bahasa bukan sehari dua bahkan memerlukan pengamalan setiap masa dan ketika.
syeikh saya nak beljar bahasa arab dengan syeikh boleh?:p
marhaban bik. Tapi takdelah sampai berguru. Bincang-bincang boleh je.
Saya baru-baru datang di blog anda dan telah membaca bersama. Saya fikir saya akan meninggalkan komen pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahawa saya telah menikmati membaca. Nice blog.