10 Buku Bisnes Terbaik Bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t…

Ada sesiapa yang minat berniaga di sini? Kalau ada, maksudnya dia telah berkongsi minat dengan saya. Sudah sekian lama saya memasang impian untuk menjadi usahawan yang berjaya, namun, kekangan masa dan wang menyebabkan banyak peluang pergi begitu sahaja.

Buat pengetahuan juga, saya ada membuka sebuah kedai online di facebook. Selamat berkunjung ke sana. Nama diberi, Kedai Sukses. Moga-moga sukses sentiasa.

Artikel ini saya ingin bercerita tentang 10 buku bisnes terbaik di dunia mengikut persepsi seorang ahli perniagaan, Muzammil iaitu tuan punya blog ini: http://muddathsir.wordpress.com/

Jom kita baca tentang buku-buku ini!

1. Blue Ocean Strategy (BOS)

Penulis : CW Kim & R. Mauborgne

Telah diterjemah kepada pelbagai bahasa. BOS sangat memberi kesan kerana selepas membacanya akan membuatkan kita berfikir untuk meletakkan inovasi dan kelainan dalam perniagaan. Kita tidak lagi mahu mengeluarkan produk yang terikut-ikut dengan orang lain. Strategi yang berbeza, dan bagaimana merancangkan BOS bagi perniagaan. Bagi saya, jika produk/bisnes kita tidak unik, maka tiada bisnes. Perniagaan perlu berbeza untuk kekal lama.

BOS juga merupakan inspirasi besar untuk kita mengubah strategi penulisan buku dan juga pemasaran internet.

Link download buku ini:

http://www.sms.org.ir/portal/files/articles/eBooks/BlueOceanStrategy.pdf

2. E-Myth Revisited

Penulis : Michael Gerber

McDonalds terkenal dan masih kekal sehingga sekarang bukan kerana mereka pembuat burger yang paling sedap. Saya lebih suka rasa burger tempatan Ramly. Tetapi mengapa McD dapat terus kekal ? Mengapa mereka dapat membuatkan orang percaya burger mereka paling sedap? Mengapa mereka dapat menghasilkan rasa burger yang sama di merata tempat? Rahsianya adalah dengan mempunyai sistem perniagaan. Sistem yang dibentuk, dirancang, dan boleh diduplikasikan. Kedai makan yang berjaya bukanlah kedai makan yang paling sedap, tetapi kedai yang dapat mengekalkan kualiti rasa disemua kedainya.

Pengajaran penting : Tukang masak yang terbaik tidak semestinya peniaga yang baik. Bermaksud jika anda pandai buat sesuatu, tidak semesti anda juga boleh membuka bisnes yang berjaya.

Terdapat ringkasan buku ini yang lebih menjimatkan masa.

Link download buku ini:

http://www.filestube.com/57b75aa6f96119ca03e9,g/The-E-Myth-Revisited-pdf-0887307280.html

Link download ringkasan:

http://www.carrollbiz.org/SBDC/…/E_MythRevised.pdf

3. The Long Tail

Penulis : Chris Anderson

Konsep yang diketengahkan adalah dengan menawarkan banyak produk dalam sesuatu niche. Contohnya, jika anda menjual buku, anda perlu menjual seratus judul, dan kalau boleh beribu judul dalam pelbagai kategori. Kedai online seperti Amazon mengecap jaya dengan konsep ini. Begitu juga dengan iTune yang menjual lagu-lagu. Ini memberikan kepuasan kepada pelanggan dalam memilih disamping membuka pasaran pelanggan yang lebih luas.

Di KL, kedai mamak memang cukup popular. Pada pandangan saya, mereka menggunakan teori Long Tail. Walau pun ia kedai yang dikenali dengan roti canai dan teh tarik, tetapi kedai mamak kini menawarkan lebih dari itu. Nasi beriyani, nasi lemak, masakan barat seperti chicken chop sehinggalah masakan tomyam. Sebut sahaja makanan apa, kedai mamak kini lebih universal.

Ini menjadikan lebih banyak jualan berlaku dan bukan hanya produk khusus sahaja. Konsep Long Tail menjadikan produk yang tidak dikenali, laris semula.

Link untuk download:

changethis.com/manifesto/download/10.LongTail

4. Guerrilla Marketing

Penulis : Conrad Levinson

Saya suka dengan pendekatan pemasaran gerila kerana ia berkos rendah dan mementingkan kreativiti. Ia sangat sesuai untuk perniagaan kecil. Selama ini kita bercerita mengenai 4P dalam pemasaran, tetapi pemasaran gerila lebih bersifat ‘selamba’ dan ‘main belasah’ dalam pendekatannya. Ia berkesan!

Link untuk download:

http://www.filestube.com/6NRyJWf0bWjzSTr8fHLi43/www-getindianstuff-com-Guerrilla-Marketing-For-Consultants-Jay-Conrad-Levinson.html

5. The Psychology of Selling

Penulis : Brian Tracy

Ini asas pemasaran. Bermula dari mental setting sehinggalah strategi untuk mendekati pelanggan. Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang takut sangat untuk buat jualan.

Link untuk download buku ini:

http://www.4shared.com/office/dRplBqeg/The_Psychology_of_Selling.html

Setakat itu dulu pada hari ini. Tunggu sambungannya esok dan catatan saya tentang tajuk ini.

Ayuh, kita semai bakat berniaga!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s