Sejarah Pensyariatan Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t…

Puasa dari sudut bahasa adalah menahan daripada sesuatu samada percakapan ataupun makanan. Manakala puasa dari sudut istilah adalah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari beserta dengan niat.

Puasa di Bulan Ramadhan merupakan kelebihan yang Allah s.w.t. berikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini disebabkan kerana umur umat ini tersangat pendek, maka dengan pensyariatan puasa serta ganjaran yang dilipatgandakan pada bulan ini merupakan jalan penyelesaian umat ini bagi menandingi umat-umat lain dalam beribadah. Oleh itu, Bulan Ramadhan perlu dijadikan sebagai Bulan Ibadah bagi umat Islam kerana kelebihannya.

Umat yang lalu juga diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah s.w.t. :

2:183

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”                                                                                                  (Surah Al-Baqarah: 183)

Allah s.w.t. mensyariatkan puasa di Bulan Ramadhan pada bulan Sya’ban, tahun ke-2 hijrah. Pensyariatan ini berlaku dengan turunnya firman Allah s.w.t.:

2:185

Maksudnya:

“…Karena itu, barangsiapa di antara kamu berada di bulan itu (Ramadhan), maka berpuasalah…”

Selain itu, terdapat hadis Nabi s.a.w. yang menerangkan bahawa Puasa di Bulan Ramadhan adalah rukun daripada rukun-rukun Islam.

Demikianlah sejarah pensyariatan puasa secara ringkas. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s