Paksa Rela Dalam Agama

Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar rakan-rakan pembaca?

Semoga semuanya sihat walafiat.

Dewasa ini, paksa rela dalam agama sudah semakin jelas kelihatan dalam diri umat Islam. Solat dalam keadaan paksa rela, berpuasa dalam paksa rela, dan keluar zakat juga dalam paksa rela. Senang ceritanya, semua yang wajib itu dilakukan dalam keadaan paksa rela. Yang lebih parah lagi, sehingga menyebut nama Islam dan kebaikannya juga, mereka menyebut dengan paksa rela.

Persoalan besarnya ialah, apakah paksa rela dalam beragama ?

Saya cuba bagi takrifan yang mudah. Paksa itu adalah lawan bagi rela. Apabila perkara yang berlawanan dicantumkan maka berlakulah satu perlawanan antara kedua-dua ciri tersebut maka lahirlah suatu gambaran yang tidak elok daripada tindakan bersummberkan kedua ciri tersebut. Jadi, paksa rela adalah perbuatan yang dibuat dalam keadan mahu dan tidak mahu atau dibuat dengan tidak bersungguh-sungguh. Dalam hati kata tak nak tetapi perbuatan mengiyakannya. Semacam tiada keserasian antara hati dan badan.

Seterusnya, apakah kesan buruk kepada paksa rela ini?

Inilah fokus saya dalam artikel ini. Banyak kesan buruknya. Apa yang kita lihat dalam masalah di negara kita secara khusus dan dunia secara umum adalah kerana pengamalan agama yang secara paksa rela. Gejala mencuri, buang dan bunuh anak, rogol sehinggalah kepada masalah negara seperti rasuah, tidak amanah dan penyelewengan kuasa semuanya berpunca daripada paksa rela dalam beragama.

Orang yang mengamalkan agama dalam keadaan paksa rela ini akan melaksanakan agama bukan sebagai cara hidup. Sebaliknya, hanya mengambil agama sebagai satu ritual semata-mata. Jika di masjid ada agama, manakala di rumah atau di pejabat tiada agama. Puncanya, kerana mereka hanya takut kepada Allah di masjid ataupun mereka malu kepada orang lain di masjid sahaja manakala selain daripada masjid, tiadanya rasa takut dan malu kepada Allah.

Saya ingin kongsikan perumpamaan yang dibentangkan oleh Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya Beduk Diketuk yang menarik. Pernah baca buku ini, saya cadangkan anda membacanya. Buku yang sangat menarik dan mudah dihadam. Beliau membuat kiasan orang yang mengamalkan agama separuh-separuh ini seperti orang yang berada di muka pintu di sebuah rumah. Masuk ke dalam pun tidak dan keluar pun tidak. Dia berada di tengah-tengah. Masalahnya, mereka ini menghalang orang untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Malah, mereka juga menghalang rumah itu dilihat cantik dan menarik kerana perbuatannya menghalang orang di luar untuk lihat isi rumah tersebut. Maka, kiaskanlah perbuatan orang yang mengamalkan Islam sekerat-sekerat ini. Merekalah punca orang bukan Islam memandang serong kepada Islam.

Kita ambil contoh dalam solat. Apakah yang boleh kita bayangkan posisi orang yang paksa rela dalam solat? Mereka ini tahu solat itu wajib tetapi mereka tidak sedar mereka memerlukan kepada solat. Mereka juga solat dengan rukun-rukunnya yang membolehkan solat mereka sah tetapi mereka gagal untuk mendapat khusyuk dalam solat. Akibatnya, solat mereka tidak mengeluarkan natijah iaitu mengelakkan mereka daripada perkara fahsya’ (keji) dan mungkar.

Penyelesaian kepada paksa rela

Pertama sekali, kenali diri anda dan pencipta anda. Apakah perhubungan antara pencipta dan benda yang dicipta? Fahami perkara secara mendalam. Bila selesai daripada persoalan ini, maka tahulah anda bahawa anda memerlukan kepada pencipta dan segala sistem dan hukum yang diarahkannya.

Kemudian, mulakan dengan memperbaiki solat. Kenapa solat? Kerana ia adalah hubungan kita dengan Allah secara langsung. Tiada perantaraan. Di sini, kita bermunajat, kita memuji Allah dan di sini kita menyembah Allah dengan penuh rasa takut dan taat. Dunia akan diperbaiki apabila insan diperbaiki. Dan insan boleh dibaiki apabila solat sudah dibaiki. Kesimpulannya, segalanya bermula dengan solat. Solat yang dimaksudkan adalah solat yang khusyuk dan sah. Solat inilah yang memberikan natihaj murni buat muslim. Bukan solat yang paksa rela seperti bangkai yang bernyawa. Tiada perasaan dan emosi dalam solat.

Cukuplah, dua perkara ini sebagai solusi untuk kita berubah. Akidah yang mapan kepada Allah dan solat yang khusyuk.

Ar-Razi,

Fes, Maghribi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s