Majlis Kesyukuran Mahasiswa Malaysia Di Fes

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, semalam warga mahasiswa di Fes telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran secara kecil-kecilan bagi meraikan kejayaan beberapa mahasiswa yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah dan master.

Ramai yang hadir termasuk beberapa mahasiswa daripada Indonesia, Thailand, dan Maghribi. Juadah makanan juga best dan sedap-sedap belaka. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menyediakan juadah tersebut. Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang berlipata kali ganda.

Setelah habis jamuan semalam, badan pulak rasa tak sedap. Sebabnya, mungkin makan kuah kacang dan makanan berlemak dalam kuantiti yang bayak. Semalam ada sate, ayam berempah yang digoreng dan kuih muih serta kek yang pelbagai jenis. Semuanya dicampur gaul sekali. Itulah puncanya kot. Memang payah rasanya nak balik Malaysia macam ni. Sebab di Malaysia memang akan makan banyak dengan pelbagai jenis.

Berbeza di Maghribi, kami hanya makan sejenis atau dua jenis dalam satu menu hidangan. Sarapannya begitu, makan tengahari pun dan makan malam juga sama. Hampir semuanya satu menu atau dua menu.

p/s: terasa malas nak tulis panjang-panjang sebab tengah loya ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s