Kembara Ke Kota Paris (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, sebelum ini saya telah menulis tentang panduan-panduan bagi mengembara ke Kota Paris. Kali ini, saya ingin mengupas mengikut persepsi saya tentang segala perkara yang saya mampu dikupas sepanjang perjalanan ke Kota Paris tersebut bagi diambil pengajaran.

Peristiwa menarik yang saya lalui semasa kembara tersebut, antaranya mendapat bantuan daripada orang Maghribi bagi mencari rumah rakan kami yang berada jauh di Orleans, Paris. Bantuan tersebut memang tidak kami sangka akan mendapatnya kerana kami memang tidak saling mengenali. Namun, mungkin ukhuwwah islamiyyah yang ada di hati setiap muslim menyebabkan orang Maghribi tersebut membantu kami.

Jadi, pesanan buat pengembara semua, bila hendak berkelana di negara orang, kalau ada peluang berbual-bual dengan orang yang kelihatan biasa mengembara atau penduduk tempatan di situ maka ambillah kesempatan tersebut. Ajukan masalah kita. Jangan malu-malu kerana buruk padahnya.

Setibanya di Orleans, Paris, kami sekali lagi dibantu oleh orang Afrika yang telah lama menetap di Perancis dan beragama Islam. Itulah pertolongan besar saya kira kerana tanpa pertolongan tersebut kami pasti akan tidur merempat pada malam itu. Bayangkan suhu pada malam itu, kira-kira 0 darjah dengan deruan angin yang kencang. Memang kami tidak mampu bayangkan kalau tidur di situ.

Pertolongan terakhir yang kami terima ketika mengambil teksi. Kami tidak tahu alamat secara tepat. Tambahan lagi, pemandu tersebut tidak tahu bahasa English walaupun sepatah. Tak tahu nak cakap apa. Kami hanya tahu nama perumahan sahaja. Selepas sampai, kami tak tahu nak buat apa. Setelah bersusah payah menerangkan dengan bahasa isyarat dan badan, akhirnya pemandu teksi tadi menolong dengan menelefon kawan saya. Alhamdulillah, akhirnya selamat kami pada malam tersebut. Tak perlu nak merempat di tepi-tepi jalan.

Kesimpulannya, kami memang cukup-cukup terharu dengan bantuan yang diberikan oleh mereka. Apa yang dapat saya pelajari ialah buat persediaan awal menghadapi segala kemungkinan dan jangan segan untuk meminta bantuan. Bila berkenala ni, anda pasti akan ada masalah, maka jangan takut kena marah jika bertanya. Orang di Eropah sangat terbuka dan membantu sebenarnya. Saya pun tidak tahu kenapa? Barangkali kerana mereka suka melancong dan berkelana kot. Mungkin kepayahan-kepayahan semasa mereka mengembara menyebabkan mereka membantu dengan bersungguh-sungguh. Ini kesimpulan saya.

Ok. Itu dulu buat kali ini. Tunggu sambungannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s