Hukum Meninggalkan Puasa Dengan Sengaja (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t…

Sebelum ini, saya pernah bercerita tentang ini secara ringkas. Kali ini, saya ingin menambah sedikit daripada Kitab Al-Fiqh Al-Manhajiy.

Sebagaimana kita sedia maklum, ibadah puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Oleh kerana itu, ianya termasuk daripada perkara-perkara dalam agama yang diketahui secara darurat. Maka, orang yang jahil dengan kewajipan berpuasa tidaklah diterima kejahilannya.

Para fuqaha berpendapat bahawa orang yang meninggalkan puasa secara sengaja dengan mengingkari tentang kewajipannya adalah kafir dan keluar daripada Islam (murtad). Mereka ini perlulah diminta untuk bertaubat dan segera kembali kepada Islam. Jika mereka enggan maka hendaklah dibunuh sebagai hukuman hudud daripada Allah s.w.t. Namun, mereka tidak akan dibunuh jika masih baru memeluk Islam atau jauh daripada para ulama yang boleh menasihati mereka.

Manakala, orang yang meninggalkannya dengan tidak beriktikad bahawa ianya tidak wajib, maka ianya menjadi fasiq dan tidak murtad. Para pemerintah perlulah menahan mereka daripada makanan dan minuman bagi mereka merasai puasa tersebut walaupun dalam bentuk lapar dan dahaga semata-mata.

Selain itu, Imam Az-Zahabi ada memasukkan kesalahan ini daripada golongan dosa-dosa besar yang keenam dalam kitabnya Al-Kabair. Hal ini bertepatan dengan puasa adalah satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Selain itu, disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang meninggalkan puasa di Bulan Ramadhan dan menggantikannya pada bulan yang lain tidak akan menggantikannya seumpama dengannya kerana besar ganjaran pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, tidak mampu menqadakannya dengan puasa Ad-Dahr ( puasa seluruh hari dalam setahun melainkan hari yang diharamkan dalam Islam) walaupun ia berpuasa dengannya (puasa Ad-Dhar)”                                               ( Riwayat At-Tirmizi)

Ibnu Abbas r.a. ada berkata:

“ Tanggalnya Islam dan kaedah-kaedah Islam dengan 3 perkara : Syahadah La Ilaha Illa Allah, solat dan puasa di Bulan Ramadhan, maka barangsiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya maka dia kafir”                                                                                                                     ( Riwayat At-Tabrani dalam Al-Kabir)

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s