Pilihan Raya Musim Haji?

Assalamualaikum w.b.t…

Pilihan raya musim haji? Adakah betul desas desus ini?

Jika benar, saya  termasuk orang yang membantahnya. Sememangya tidak patut kerana hak mengundi adalah hak semua. Lebih-lebih lagi golongan tua. Mereka sudah masak dengan politik di Malaysia. Jadi, merekalah yang lebih adil dan bijak dalam membuat pilihan. Barangkali, orang muda seperti saya agak terburu-terburu dalam membuat keputusan ataupun hangat-hangat tahi ayam, tetapi orang tua adalah sebaliknya.

Jadi, sebarang usaha untuk menyekat kebebasan mengundi dan hak mengundi adalah tidak patut. Cadangan memfatwakannya sebagai haram adalah selari dengan maqasid syariah. Lebih-lebih lagi, jika ia melibatkan kepada Hifz Din. Negara adalah asas kepada kekukuhan agama. Maka, institusinya perlu dijaga daripada segala perlakuan ‘khianat’ seperti ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan serta mufti-mufti perlu segera bertindak memberikan nasihat kepada pemerintah dalam isu ini. Tindakan melakukan pilihan raya pada Musim Haji hanyalah perbuatan sia-sia yang  menggambarkan ketidakcerdikan Malaysia dalam memahami hak-hak rakyat. Berapa banyak lagi hak-hak yang ingin diceroboh dan dirampas daripada rakyat?

Sebelum ini, saya gembira dengan usaha pihak kerajaan menyediakan bas untuk membawa pulang mahasiswa-mahasiswa yang berada di luar negeri untuk pulang berhari raya. Malah, mereka diberi wang untuk mengundi (itu di daerah Wakaf Bharu, saya tidak pasti di tempat lain). Usaha ini sangat baik dan ini yang perlu kita lakukan. Bukan menyekat kebebasan mereka.

Jangan pula Malaysia menjadi Medan Tahrir yang kedua selepas Mesir. Pasti banyak nyawa yang terkorban dan harta benda yang musnah. Sayang harta dan pangkat biarlah berpada-pada, jangan sampai mengorbankan orang lain.

Ingatlah kita kepada Mahkamah Pengadilan Allah s.w.t. yang sangat adil dalam pertimbangannya. Maka, kemana mereka ini ingin berlepas diri?

“Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian, Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan, kemudian kepadanya tempat kamu kembali, lalu Dia memberithukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-An’am :60)

Semoga dapat ambil peringatan.

Ar-Razi,

Fes, Maghribi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s