Exam, Sudut Pandang Positif

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini idea datang mencurah-curah, bak air hujan yang lebat dan tidak mampu dihalang dan ditadah lagi. Maka, penulisan inilah yang berbicara (ayat mantoop la pulak).

Apa sudut pandang positif tentang exam? Sebelum ini, saya pernah kongsi tentang tabiat negatif tentang exam dan saranan saya kepada pembaca. Sekarang, saya ingin menceritakan tentang sebaliknya.

Pengalaman menjalani peperiksaan selama berbelas-belas tahun telah membuatkan saya mengambil peperiksaan sebagai sesuatu yang penting dalam hidup kerana saya pasti akan berhadapan dengan peperiksaan lagi pada masa akan datang. Maka, saya perlu kuasai seni peperiksaan.

Apakah itu seni peperiksaan? Sebenarnya, peperiksaan ini memerlukan kita bijak mengawal keadaan dan mengambil kesempatan.

1. Tepati masa

Ketika waktu peperiksaan, kebanyakan pelajar akan cuba menepati masa dan memperbanyakkan ruang untuk belajar. Mereka makan dengan cepat, mandi pun cepat, tidur pun sedikit dll. Bak kata orang, tiada masa kosong yang dibiarkan berlalu. Perubahan 360 darjah berlaku dalam diri seorang pelajar.

2. Banyak Membaca

Sememangnya, pada masa ini tabiat membaca buku mula mucul dengan tanpa diundang. Semuanya menjadi rajin. Banyak menulis, banyak membaca dan banyak membuat ulangkaji. Semuanya menjadi banyak yang sebelum ini asyik sedikit.

3. Idea Mencurah-Curah

Saya boleh katakan, saat saya menulis ini seperti masa peperiksaan. Idea mencurah-curah dan tidak boleh disekat. Bayangkan, berapa helai kertas anda boleh tulis dalam peperiksaan bagi sesuatu subjek. Bagi mereka yang berada di peringkat ijazah, mereka mampu menjawab soalan dalam 3-4 muka surat untuk 2 soalan (mengikut keadaan di Maghribi ye), manakala di peringkat Master, para pelajar mampu menulis sehingga 6-7 muka surat. Bayangkan betapa banyak idea yang mampu dikeluarkan pada masa itu tanpa sebarang rujukan.

4. Tahap Pencapaian Dalam Sesuatu Bidang

Ini sesuatu yang jarang orang melihatnya. Peperiksaan adalah penanda aras bagi seseorang pelajar dalam ilmu mereka. Sejauh mana pencapain mereka di dalam peperiksaan dan sejauh itu pencapaian mereka yang sebenar dalam sesuatu bidang ilmu. Jika, anda gagal dalam peperiksaan, jangan salahkan guru kerana tidak menanda jawapan anda dengan baik sebaliknya salahkan diri anda kerana tidak kuasai dan fahami ilmu tersebut dengan baik.

5. Budaya Meminta Maaf

Bilakah waktu kita saling bermaafan selepas daripada waktu raya? Waktu dekat dengan peperiksaan, betul tak? Jadi, kita boleh bermaafan waktu ini. Malah, pelajar luar negara seperti kami juga menelefon keluarga di tanah air untuk meminta maaf dan mohon mereka medoakan kejayaan kita. Kalau waktu lain, sangat-sangat susah untuk kita berbuat demikian. Kenapa? Saya pun tidak tahu sebabnya. Macam peperiksaan adalah waktu perpisahan selama-lamanya.

6. Banyak Berdoa Dan Beribadat

Ada orang berkata, bulan puasa adalah bulan ibadat bermusim bagi umat Islam. Pandangan itu tidak benar, selain bulan puasa, pelajar Islam juga suka beribadat waktu peperiksaan. Selama ini tidak pernah solat hajat, waktu peperiksaanlah baru nak solat hajat dan baca doa panjang-panjang. Baca al-quran banyak dan beristighfar.

Apa yang saya kongsikan di atas bukanlah dengan tujuan untuk mempersendakan amalan-amalan ini yang bermusim, sebaliknya saya hendak kita mengubah pandangan kita tentang peperiksaan. Jika selama ini kita memandang peperiksaan sebagai sesuatu yang buruk dan tidak penting kepada penting dan bermanfaat. Buktinya, perubahan yang berlaku ke atas diri kita pada ketika itu. Apa salahnya, kita menggunakan ruang-ruang seperti ini untuk meningkatkan diri kita dan melakukan perubahan.

Ketahuilah, orang yang hebat adalah orang yang banyak diuji. Selagi mana, kita tidak menempuh ujian dan tapisan selagi itulah kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita.

Selamat menempuh ujian dan peperiksaan. Semoag anda berjaya dalam menempuhinya.

Ar-Razi,

Fes, Maghribi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s