Kereta Remuk Langgar Basikal

Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar kalian? Moga-moga semuanya dalam sihat dan sejahtera.

Sebentar tadi, saya mencari artikel-artikel popular di internet dan hasilnya saya berjumpa dengan artikel yang bertajuk seperti di atas.

Di sini, saya hanya ingin memberikan sedikit komen tentang isu ini. Isu ini mungkin besar bagi pemilik kereta atau mereka yang sedang berkira-kira untuk membeli kereta baru dan tidak besar bagi yang lain.

Namun, saya ingin membawa dari sudut lain yang saya kira sangat penting untuk diambil kira. Bila berita yang mengejutkan ini tersebar di internet, ada pihak yang membuat dakwaan bahawa gambar yang ada di dalam gambar ini adalah kereta buatan Proton.

Setelah saya membuat sedikit semakan, kereta ini bukanlah kereta proton sebaliknya kereta Chevrolet Sail

Saya tidak bercadang untuk menulis dalam bab ini, sebaliknya saya ingin menarik pembaca dari sudut lain iaitu “Hilangnya Minat Rakyat Malaysia Terhadapa Kereta Nasional” atau lebih tepat kereta buatan Proton. Saya secara peribadi, tidak bercadang untuk membeli kereta Proton kerana masalah-masalah teknikal yang sering berlaku.

Namun, saya selaku rakyat Malaysia sangat menghormati usaha yang dilakukan oleh pihak Proton dalam mengeluarkan produk yang berdaya saing daripada rupa parasnya. Sememangnya persaingan seperti ini untuk menembusi pasaran dunia kereta yang sangat mencabar.

Oleh itu, saya sarankan kepada rakyat Malaysia secara amnya menghormati usaha-usaha seperti ini dan mendoakan kereta buatan nasional lebih baik pada masa akan datang. Kalau bukan kita yang menghormati usaha-usaha bangsa kita maka siapa lagi yang menghormatinya. Saya kira, kita semua mesti berada di belakang syarikat Proton, memberi sokongan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Saya pasti dan yakin, jika kenderaan proton mampu mengeluarkan produk yang berkualiti sebagaimana standard kereta import, saya dan rakyat Malaysia yang lain akan menjadi pencinta kereta Proton. Contohilah kemajuan yang mereka lakukan dan bersikap adillah kepada rakyat Malaysia yang tentunya perlu diutamakan daripada semata-mata demi keuntungan.

Akhirnya, saya harapkan rakyat Malaysia dapat bersabar dan terus menerus menyokong usaha-usaha murni seperti ini dan jangan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ serta ‘musuh dalam selimut’. Sebaliknya, jadilah tiang penyokong kepada mereka.

Ar-Razi,

Fes, Maghribi.

2 thoughts on “Kereta Remuk Langgar Basikal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s