Media Demotivated

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur buat-Mu Ilahi yang masih memberi kesempatan bagi berkongsi idea dan buah fikiran dengan rakan-rakan pembaca.

Ideologi demotivated semakin berkembang di dalam dunia massa terutamanya bidang perfileman. Ideologi ini tentunya melawan fitrah kecemerlangan manusia yang memerlukan motivasi dalam kehidupan mereka. Kebanyakan filem yang dihasilkan pada hari ini lebih menjurus kepada ideologi ini. Sebagai contoh, filem-filem seram seperti filem bersiri seperti Dracula, Vampire, Twilight dll. Manakala di bidang perfileman Malaysia, filem-filem hantu dan lucu semakin membanjiri bumi Melayu ini.

Cuba kita tanyakan kepada diri kita sebagai penonton atau mereka yang terdekat daripada kita, apakah yang kita harapkan daripada filem seperti ini? Hiburan semata-semata? Mungkin itu jawapannya. Manusia pada hari ini banyak menggunakan media massa semata-mata untuk berhibur. Pernahkah kita tanya, apakah kesannya kepada kita, keluarga kita, bangsa kita hinggalah kepada agama kita? Pasti, kita yang menonton ini merasakan kesannya tidaklah sampai membahayakan diri kita, apatah lagi keluarga kita.

Inilah tujuan utama saya ingin menulis artikel ini. Inilah yang saya rasa setelah menonton filem-filem seperti ini. Pernahkah anda rasa setelah habis menonton filem-filem seram ini, bila nak ke tandas rasa takut? Dan bila nak bangun qiamullail rasa tak berani? Pernahkah juga anda rasa setelah habis menonton filem-filem lucu, anda ingin buat lawak dan lucu seperti mereka biar semua orang ketawa terbahak-bahak? Dan anda rasa semakin galak ketawa terbahak-bahak? Pernahkah juga anda rasa bila sudah habis menonton filem-filem perang yang aksinya berlebih-lebihan, anda rasa andalah orang yang hebat dan kuat? Dan anda rasa melalui peranglah kita akan kelihatan kuat dan hero?

Selain itu, kita juga kena ingat, saluran medialah merupakan saluran yang paling efisien untuk menerapkan ideologi demotivated ini. Bukankah proses pembelajaran melalui penglihatan lebih baik dan bagus berbanding pendengaran dan menulis? Bukankah contoh teladan daripada ibu bapa yang berbentuk perbuatan itu lebih berkesan daripada sekadar bercakap sahaja?

Inilah muslihat Yahudi yang bermazhab Zionis dan tali barutnya. Bacalah Protokol Zionis. Anda akan lebih faham apa yang saya dakwakan. Kita diajar supaya bermusuhan sesama sendiri. Kita diajar rasa takut dengan melulu. Kita diajar rasa hebat dan sombong tidak bertempat. Apabila kita bersikap begini, jadilah kita produk Yahudi. Walaupun kita benci dan boikot barang-barang Yahudi dan Amerika sekalipun. Kita tetap ikutannya dan anak-anak buahnya dalam sedar ataupun tidak sedar.

Akhir kata, berwaspadalah dan memilihlah dalam menggunakan media yang bermazhab demotivated ini. Kita adalah umat yang terbaik yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Maka kita perlu memilih perkara-parkara yang terbaik.

Sekadar itu sahaja buat kali ini. Selamat Berpuasa di bulan Syawal (jangan beraya je).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s