Madu Asli ?

Assalamualaikum w.b.t…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin…

Ampun dan maaf dipinta,

Buat pengunjung setia.

Alhamdulillah, setelah lama berhenti daripada menulis kerana beberapa kesibukan dan tanggungjawab, akhirnya dapat saya kembali menulis dan melontar idea kepada para pembaca.

Madu asli atau madu tulen amat sukar untuk ditemui di pasaran buat masa ini. Mengikut kajian, madu yang terdapat di pasaran pada hari ini, 80% adalah madu campuran atau tiruan. Hanya 20% sahaja adalah madu asli. Bayangkan, betapa sukarnya ingin mendapatkan madu asli pada hari ini.

Oleh itu, bagi mengelakkan kita tertipu dengan tipu helah mereka ini, marilah sama-sama kita uji madu yang terdapat di rumah kita atau di kedai kita dengan beberapa ujian ini.

Bagi madu campuran, cara mengujinya agak mudah. Sila ikuti panduan berikut:

1)      Meletakkan madu pada semut. Biasanya, madu campuran akan dicampurkan dengan gula serta air. Maka, jika terdapat gula, pasti semut akan mengerumuni madu tersebut. Namun, jika hanya terdapat air, maka kaedah lain perlulah digunakan.

2)      Meletakkan madu di atas kertas yang dilekatkan dengan getah urat pada permukaan cawan atau pinggan. Jika terdapat air, air tersebut akan menyerap ke dalam kertas dan bakinya hanyalah madu.

3)      Campurkan madu dengan telur. Kalau madu asli, lapisan telur tersebut akan berada di lapisan atas manakala madu berada di lapisan bawah.

Bagi madu sintetik atau tiruan, adalah mustahil untuk menguji dengan kaedah-kaedah yang disebutkan tadi kerana para pembuat madu telah berjaya menghasilkan madu seperti madu asli. Oleh itu, kita perlulah gunakan kaedah ini untuk memastikannya.

1)      Memastikan beberapa enzim ini:

Terdapat beberapa enzim yang tidak dapat dihasilkan melalui kilang atau makmal. Ia hanya terdapat pada lebah sahaja. Enzim tersebut seperti Diatase, Intervase dan Glukose Oksidase.

2)      Ujian Pengenalpastian:

–          Campurkan dengan air – setelah dikacau, madu tiruan akan berwarna jernih dan muda. Manakala, madu asli berwarna lebih gelap dan pekat. Hal ini disebabkan oleh pati sari bunga yang terdapat dalam madu asli.

–          Bakarkan dengan api – setelah diletakkan di atas sudu kemudian dipanaskan di atas api sehingga madu berwarna cerah dan muda. Madu asli akan menggelegak dan tercurah keluar sedikit berbanding madu tiruan yang hanya menggelegak sahaja. Setelah dibiarkan beberapa minit, madu tersebut akan mengeras. Ambilkan batang lidi dan kuiskan madu tersebut dengan lidi tadi dan lihat hasilnya. Madu asli akan kelihatan lembut dan mudah putus. Manakala madu tiruan akan kelihatan pejal dan sukar untuk putus.

–          Rendamkan ikan mentah bersama madu selama 2 minggu – ikan yang diletakkan di dalam madu asli akan mengalami pengecutan saiz dan warna ikan lebih muda serta tidak berbau. Manakala madu tiruan pula, ikan tersebut kekal pada saiznya dan bentuknya serta berwarna gelap kehitaman dan berbau busuk.

Jadi, demikianlah langkah-langkah yang boleh saya kongsikan bersama rakan-rakan pembaca demi kebaikan kita bersama. Pastinya bila kita memakan madu, kita mengharapkan khasiat dan faedahnya. Oleh itu, kita wajar memastikan madu yang dibeli adalah asli dan tulen. Itu adalah hak kita. Pertahankan hak kita sebagai pengguna.

Selamat Mencuba!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s