Musim Islam

Assalamualaikum w.b.t…

Segala puji dan syukur hanya buat-Mu, Ya Ilahi. Nikmat Iman dan Islam adalah nikmat yang cukup besar buat manusia yang berakal dan menggunakannya.

Musim Islam atau Islam bermusim adalah ungkapan yang sama. Pada perhitungan saya, umat Islam pada hari ini berada dalam situasi ini. Situasi seperti ini pastinya tidak menguntungkan umat Islam pada hari ini. Gerak kerja yang mengarah kepada pembaharuan dan perbaikan haruslah konsisten dan bersepadu demi kesejahteraan umat Islam pada masa hadapan.

Kita sering mempersoalkan keadaan umat Islam pada hari ini yang mundur dan terkebelakang. Namun, pernahkah kita yakin dan percaya bahawa kita umat Islam akan maju pada hari ini? Kalau jawapannya tidak, memang kitalah yang bersalah. Kitalah yang bersalah kerana tidak pernah mengimpikan umat Islam berada pada landasan kemajuan dan boleh mendepani permasalahan umat Islam yang lebih rumit dan kompleks.

Di kesempatan ini, saya ingin membangkitkan satu persoalan yang lebih kecil, namun amat penting dibuat perubahan dalam memandang perkara ini. Hal itu ialah kepimpinan umat Islam. Jika disoroti dalam dunia Islam pada hari ini, pucuk kepimpinan banyak disandang dan digalas oleh mereka yang berlatar belakangkan sastera, ilmu perubatan, politik bukan Islam, dan perbankan. Dimanakah pemimpin yang mendapat pendidikan agama?

Andainya, mereka inilah yang memimpin dunia Islam, pastilah Islam tidak bermusim dan dimusimkan. Islam tidak lagi hanya diatur pada program-program di masjid, surau, pejabat mufti dan institusi-intitusi agama. Pastinya Islam dibawa dengan pandangan yang lebih luas dan dengan kerangka yang lebih menyeluruh.

Pastinya, semua orang memandang hal ini sebagai penting dan berusaha ke arah memberi sokongan kepada para ulama’ bagi menggalas tugas yang lebih berat berbanding tugas-tugas yang hanya berkaitan dengan agama. Namun, ralatnya ialah pada memandang peranan kita dalam revolusi ini. Sebenarnya, kita perlu memulakan langkah dengan diri kita. Itulah langkah yang paling penting dalam revolusi ini.

Mulakan perubahan dengan diri kita dengan amalan penyucian jiwa dan matlamat yang lebih besar dan unggul bagi Islam yang ingin dicapai. Kitalah yang perlu bersedia untuk mentarbiah diri kita menjadi ulama’ yang berkecimpung dalam medan kepimpinan negara. Mungkin ada yang mempersoalkan, bolehkah kita menjadi ulama’ dan berkecimpung dalam pemerintahan negara? Benar! Kita Boleh! Yakinlah boleh! Mulakan dengan imaginasi, perancangan dan bahan bacaan yang menjurus ke arah itu demi melahirkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Selain itu, satu pandangan yang tidak tepat juga ialah memandang hanya beberapa pemimpin sahaja yang mampu membuat perubahan-perubahan besar dalam negara. Sebagai contoh, saya anak kelahiran Kelantan, Negeri Serambi Mekah. Saya seringkali mendengar pandangan dari anak jati Kelantan bahawa tiada siapa yang setanding dan sehebat atau lebih hebat daripada Tuang Guru Dato’ Bentara Nik Abd. Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Andainya inilah perasangka kita selaku anak jati Kelantan, maka selama itulah kita tak akan mendapat atau melahirkan pemimpin yang sehebat dan setanding Tok Guru.

Kita seringkali mendengar ungkapan “ Kita perlu membina sejarah, bukan sejarah yang membina kita “. Pembinaan sejarah memerlukan sesuatu yang hebat dan betul-betul berkualiti. Jadi, apakah kualiti yang kita ada bagi membina sejarah? Itulah persoalan yang perlu ditanya pada setiap senggang waktu yang kita ada. Andainya tiada, maka binalah kerana kita mampu membinanya.

Semoga berjumpa di lain ketika dan waktu. Selamat Berevolusi Dalam Berfikir.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s