Percaya Kepada Makhluk Halus

Soalan

Assalamualaikum ustaz…

Bolehkah, kalau saya tidak percaya kepada kewujudan makhluk halus? Saya fikir makhluk halus ini tidak wujud dan mengarut. Kita menjadi penakut disebabkan percaya kepada makhluk halus. Mohon komen ustaz.

 

Jawapan

Waalaikumussalam saudara. Terima kasih kerana mengajukan soalan yang baik dan tepat pada masanya. Lambakan filem-filem hantu di pasaran sekarang banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat. Buktinya, apa yang saudara nyatakan. Masyarakat menjadi takut walaupun dalam rumah sendiri.

Baik. Saya akan cuba merungkaikan persoalan saudara dengan pecahan-pecahan soalan supaya ianya jelas dan tidak tertinggal. Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikupas. Persoalan pertama, perlukah percaya kepada makhluk halus atau hantu, jembalang, toyol dan sebagainya. Persoalan kedua, hukum takut kepada hantu. Persoalan ketiga, kesan daripada cerita-cerita hantu yang disebarkan kepada masyarakat, samada melalui filem atau cerita daripada mulut ke mulut.

Perlukah percaya kepada makhluk halus?

Saya merujuk pandangan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam masalah ini. Makhluk halus atau diistilahkan oleh orang Melayu sebagai hantu, toyol dan lain-lain adalah wujud. Mereka ini tergolong dalam kumpulan, jin dan syaitan. Jin dan syaitan pula telah dijelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudannya. Oleh itu, hal ini melibatkan tentang akidah dan wajib beriman dengan kewujudannya.

Menjadi rukun iman iaitu percaya kepada benda-benda ghaib dan ianya telah disebutkan di dalam al-quran seperti jin, syaitan, syurga dan neraka. Oleh itu, tidak mempercayai makhluk halus boleh meruntuhkan akidah kita.

Orang Arab menggelarkan makhluk halus ini sebagai Al-Asybah ( bayang-bayang). Makhluk halus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar akan tubuh badannya. Sebaliknya, mereka menjelmakan diri mereka dalam bentuk manusia dan binatang-binatang. Hal ini pernah berlaku ketika mesyuarat para musyrikin Quraisy apabila syaitan menyamar menjadi seorang pemimpin Quraisy bagi menghasut untuk menbunuh Baginda Nabi s.a.w.

Selain itu, makhluk halus juga boleh menjelma sebagai binatang-binatang sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis bagaimana seorang sahabat menikam seekor ular yang berada di dalam rumahnya dan sahabat tersebut meninggal dunia kerana makhluk halus bertindak balas.

Hukum Takut Kepada Makhluk Halus @ Hantu

Sifat semulajadi manusia adalah takut kepada sesuatu yang menakutkan. Dan hantu digambarkan sebagai sesuatu yang menakutkan. Maka, takut kepada hantu adalah biasa dan ianya respon semulajadi seorang manusia. Apa yang ditegah ialah, takut yang membawa kepada hilangnya takut kepada Allah s.w.t, takut kepada AzabNya dan takut digolongkan menjadi ahli neraka. Iaitu takut yang berlebih-lebihan.

Kita perlu percaya bahawa makhluk halus tidak boleh memberikan kesan melainkan dengan izin Allah s.w.t. sahaja. Apa yang berlaku, semuanya dengan izin Allah s.w.t. Segala manfaat dan mudarat datang daripadaNya.

Oleh itu, takut yang seperti ini sehingga lupa tentang kekuasaan Allah s.w.t. ke atas kita dan makhluk-makhluk halus menyebabkan iman kita menjadi rosak. maka, kita perlu berhati-hati.

Kesan Cerita Hantu

Anak-anak selalu dimomokkan dengan hantu dan perkara-perkara menakutkan apabila ibu bapa ingin melarang daripada melakukan seuatu perkara. Ini tabiat yang tidak baik. Mereka tidak perlu ditakutkan dengan benda-benda ini. Mereka perlu diterangkan akibatnya sahaja. Sebagai contoh, apabila anak-anak hendak bermain di dalam hutan, laranglah mereka dengan mengatakan hutan itu tempat bahaya. Ada pokok-pokok berduri, serangga-serangga dan lain-lain. Tidak perlulah disebut tentang adanya hantu, orang bunian dll.

Memang benar, masyarakat menjadi penakut terutamanya kanak-kanak dan remaja. Mereka hendak pergi ke tempat gelap pun kena berteman. Bukan lagi masuk hutan. Kadang-kadang dalam rumah pun boleh takut. Jadi, ibu bapa perlu bermuhasabah diri dalam mendidik anak-anak supaya mereka tidak menjadi penakut.

Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kepada para pembaca untuk membaca buku “Menjawab Persoalan Makhluk Halus” yang ditulis oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Buku yang menarik dalam mengupas persoalan ini. Selamat Membaca!

Sekadar itu dahulu, semoga ianya menjawab soalan saudara.

4 thoughts on “Percaya Kepada Makhluk Halus

    • Terima kasih Amirul. Pada pandangan saya, semua berita kita perlu menyelidikinya dengan baik. Tidak boleh terima sahaja. Termasuklah berita daripada jin. Barangkali, ada benarnya dan ada salahnya. Sama seperti manusia.

      Namun, dalam hal ilmu, janganlah berguru dengan jin. Kerana ilmu berkait rapat dengan amalan. Salah ilmu maka salahlah amalannya dan rosaklah iman dan akidah kita. Oleh itu, berhati-hati kalau ada yang berkata, beliau belajar dengan jin sesuatu ilmu. Takut semakin sesat jadinya.

  1. salam ustaz..boleh berikan darjat hadis 2 hadis yg ustaz sebut tntang ular dan nmiru rupa pmimpim quraisy diatas..tqVm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s