Poligami Itu Pahit-Pahit Manis

Assalamualaikum w.b.t…

Bagaimana para pembaca dengan puasa Ramadhan dan amal ibadat yang lain? Semoga terus semangat beribadat kepada Allah s.w.t.

Apa pendapat kalian tentang poligami? Boleh lontarkan di runagkan komen di bawah. Saya berkeinginan untuk mendengar komen anda tentang isu panan ini.

Ini pandangan saya secara peribadi tentang perkara ini dan buat masa ini.

Poligami itu pahit-pahit manis. Saya tidak bersetuju dengan mereka yang berpandangan poligami itu manisnya seperti perkataannya iaitu « bermadu ». Kenapa ? Bukankah saya orang lelaki dan orang lelaki suka kepada bermadu ?

Tidak semua yang suka bermadu. Ada yang melambangkan berpoligami ini sebagai satu tanda ketidaksetiaan, kekurangan yang berlaku pada isteri dll. Saya tidak rasa begitu tentang poligami. Saya menghormati pasangan yang berpoligami. Mereka mempunyai hak untuk menguruskan rumah tangga mereka mengikut syariat Allah s.w.t. Dan poligami adalah termasuk dalam syariat Allah s.w.t.

Poligami itu pahit-pahit manis kerana cabarannya besar dan dugaannya luar biasa. Bukan semua yang mampu berhadapan dengannya. Kata-kata orang, isu keadilan antara pasangan dan isu pemilikan harta. Semua ini merupakan isu besar apabila berpoligami. Pening kepala dibuatnya jika tidak diuruskan dengan baik. Sebab itu ia pahit-pahit manis.

Ramai yang melihat poligami daripada sudut keinginan batin yang tidak dapat dilunaskan serta nafsu-nafsu besar yang lain. Sebenarnya, itu perkara subjektif dan tidak boleh kita sebagai ‘penonton’ untuk beranggapan demikian. Ianya sama seperti kita beranggapan, “dia ni buat baik tapi niatnya buruk”. Siapa kita hendak mempersoalkan rumah tangga orang lain?

Saya hanya melihat poligami sebagai jalan penyelesaian kepada gejala-gejala sosial yang melanda kaum ibu tunggal dan gadis-gadis yang sukar mendapatkan jodoh. Selain daripada masalah yang dihadapi oleh isteri dalam melahirkan zuriat serta memberi kepuasan kepada suami dalam hubungan kelamin. Ianya jalan penyelesaian dan bukannya pilihan dan ‘suka-suki’.

Penyelesaian ini diperlukan apabila adanya konflik dan masalah. Jika tiada, kenapa kita terhegeh-hegeh mencari yang lain. Kerana terhegeh-hegeh inilah yang menyebabkan kita tidak jelas dengan tujuan berpoligami.

Ianya juga salah satu jalan dakwah yang berkesan. Lihat perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam berpoligami serta tujuannya. Jelas, ianya berkait rapat dengan dakwah dan pembelaan terhadap wanita-wanita yang lemah.

Saya juga ingin mempersoalkan usaha-usaha menulis buku atau pertubuhan bagi memudahkan teknik berpoligami. Andainya usaha itu hanya sekadar memberi tips kepada suami agar ‘mengayat’ isteri supaya menerima keputusannya berpoligami, maka saya fikir ianya usaha yang tidak murni. Sepatutnya, kita perlu menyediakan bakal-bakal pemoligami yang adil dan baik dan bukannya menyediakan teknik ini dan itu kepada yang tidak mampu. Suami yang tidak mampu berpoligami, jangan berpoligami. Ianya hanya mengeruhkan keadaan.

Saya kira, para isteri jelas dengan hukum dan syariat Allah s.w.t. ini. Tidak semua benda yang kita suka, kita dapat memilikinya. Ada seseorang yang sukakan seorang perempuan tetapi akhirnya perempuan tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan begitulah sebaliknya sebagaimana dengan kisah dalam novel pendek saya Cinta Syurga.

Dan tidak semua yang kita suka dapat kita memilikinya secara penuh. Kadang-kadang kita perlu berkongsi dengan orang lain. Namun, perkongsian ini tentulah dengan adab dan kaedahnya.

Nasihat saya kepada para isteri yang bakal dimadukan dan telah dimadukan, bantulah suami kalian dalam menjalankan tugasnya sebagai suami dengan adil dan saksama. Suami yang hebat datangnya daripada isteri yang hebat.

Bersabarlah kerana sesungguhnya Allah itu suka orang-orang yang bersabar. Kesabaran diperlukan bagi mengharungi poligami. Suami kalian juga perlu bersabar melayan kerenah ‘madu-madunya’ dan kalian juga perlu bersabar mengharungi situasi ini. Jika sebelum berkahwin, kalian boleh bersabar, kenapa tidak setelah berkahwin?

Kesimpulannya, saya melihat poligami ini sebagai jalan penyelesaian yang perlu diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat. Jangan dipandang serong amalan ini. Ianya adalah syariat Allah s.w.t. Hukum-hakamnya ada di dalam kitab-kitab fiqh lama dan baru.

Semoga kita diberi kelapangan dada untuk menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t. Peringkat seterusnya adalah pelaksanaan hukum hudud dan qisas. Dimanakah kita dalam hal ini?

2 thoughts on “Poligami Itu Pahit-Pahit Manis

  1. Sy menpunyai sebuah keluarga yg boleh dikatakan serba serbi cukup dan dekelilingi anak-anak yg sihat..Dalam 3 bula kebelakangan ini sy dipertemukan kembali kekasih hati sy yg pernah sy kenali dulu..tetapi masa sy baru sahaja mendirikan rumahtangga…dan selanng beberapa tahun kakasih sy mendirikan rumahtangga dgn pilihanya..selepas 8 tahun kami tidak berhubung..dan kini dia kembali selepas suaminya kembali menemui ilahi..dan kami bertemula semula dgn situasi yg berbeza…sy merancang utk berpoligami dgn tujuan melindungi serta mengasihaninya…minta panduan adakah sy perlu utk berpoligami?

    • Pada pandangan saya, cuba berbincang dengan orang yang telah berpoligami. Ambil tahu dahulu masalah dan cabaran yang bakal dihadapi. Setelah yakin dan percaya bahawa diri tuan mampu untuk menjaganya dengan baik maka lakukanlah dengan disertai istikharah dan tawakkal kepada Allah s.w.t.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s