Juara Olimpik Mesti Luar Biasa

Assalamualaikum w.b.t…

Kejohanan Olimpik London 2012 sedang hangat berlangsung. Sudah 4 hari kejohanan tersebut berlangsung dan China sedang mendahului dari sudut pengutan pingat emas.

Seorang juara mesti luar biasa. “Dia” mesti berbeza dengan orang lain. Ada ciri-ciri istimewa yang menjadikan dia seorang juara.

Saya ingin memetik kata-kata Datuk Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan (KBS):

“Menyentuh soal disiplin pula, perkara ini sangat penting untuk jadi seorang juara. Makan tak boleh seperti orang biasa, tidur tak boleh macam orang biasa. Untuk jadi seorang juara dunia, pelumba kita mesti lakukan perkara yang berbeza dengan orang lain. Kalau mereka lihat, orang biasa tidur pukul 12 tengah malam, mereka pun nak tidur pukul 12 tengah malam, kalau mereka lihat orang makan di kedai mamak,¬†mereka pun nak makan di kedai mamak”

Jelas bukan, disiplin sang juara perlu ketat. Lebih-lebih lagi jika bersaing di arena Olimpik yang membariskan jaguh-jaguh dunia dalam setiap acara.

Saya pernah menyebut, segala kejayaan ini bermula dengan disiplin. Tanpa disiplin, manusia tidak akan berjaya. Hadirlah ke ceramah motivasi, mendapat jurulatih yang hebat serta peralatan yang terbaik, semuanya tiada makna jika anda tidak berdisiplin. Oleh itu, disiplin sang juara mesti luar biasa.

Oleh itu, saya mengira, peserta kejohanan ini yang mampu berpuasa dan dalam masa yang sama dapat melakukan aksi yang cemerlang adalah atlit yang benar-benar luar biasa. Kenapa kita sanggup menjalani latihan yang berat demi sesebuah kejohanan sedangkan demi kejohanan “amalan akhirat” kita tidak mahu berlatih dan mengikuti persiapan yang ketat?

Maka, saya nasihatkan semua atlit Malaysia di Kejohanan Olimpik London 2012 agar terus berpuasa sehingga anda benar-benar tidak mampu. Jika anda berbuka, maka tunjukkanlah adab terhadap orang yang berpuasa dengan tidak makan dan minum di khalayak ramai.

Tunjukkan peribadi kita sebagai atlit Muslim!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s