Manusia Yang Leka

 

(kredit untuk Kartunis Ubi)

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam di serata dunia. Kita sudah menghampiri pengakhiran fasa pertama dalam Bulan Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan yang dilalui merupakan saat bermakna buat kita.

Dewasa ini, manusia yang bertopeng muncul di mana-mana. Perlakuannya hanya lakonan semata-mata. Di depan orang baik tetapi di belakang orang, jahat dan menyakitkan hati. Inilah keadaan kebanyakan manusia pada hari ini. Mungkin kita tidak terlepas daripada penyakit ini.

Saya selalu memikirkan punca kepada keadaan ini. Apakah sebabnya? Ini adalah pandangan saya.

Saya berpandangan penyakit bermuka-muka ini berasal daripada sikap kita yang bertuhankan benda dan manusia daripada bertuhankan Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui. Jika kita bekerja, kita akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Segala perkara yang diminta oleh pengurus atau bos kita, semuanya kita buat tanpa membezakan antara tugas, permintaan atau pelawaan. Semuanya gara-gara ingin mengambil hati bos.

Bagaimana pula dengan Allah s.w.t. yang suruh? Kita lakukannya dengan malas dan berat hati. Ada yang buat yang wajib sahaja, manakala yang sunat itu ditinggalkan malah diremehkan peranannya. Apabila sampai waktu menunaikan kewajipan kita kepada Allah s.w.t., pasti ada sahaja kesibukan yang melanda.

Selain itu, kita meremehkan petunjuk dan nasihat daripada Baginda Rasulullah s.a.w., penyampai risalah Ilahi. Ada yang menjadikan mashaf al-quran dan kitab-kitab hadis sebagai bahan perhiasan semata-mata. Disusun dengan begitu cantik tetapi jarang sekali disentuh untuk diambil pengajaran dan pedomannya. Berlainan pula dengan buku-buku ciptaan manusia. Sebagai contoh, buku undang-undang dijadikan rujukan dan panduan dalam penghakiman dan surat khabar juga dijadikan sumber ilmu dan pengetahuan. Bagaimana dengan al-quran, hadis dan kitab-kitab fiqh?

Saya juga beranggapan bahawa kita lupa tentang peranan kita di atas muka bumi ini. Kita datangnya daripada Allah s.w.t. dan berada di sini kerana Allah dan peranan yang diberikan olehNya untuk kita dan kita akan kembali kepadaNya untuk dihisab dan dihitung tentang pelaksanaan tugas kita. Kalau kita sedar tentang kenyataan ini, maka kita akan sedar siapa kita dan apa yang kita perlu buat.

Oleh itu, saya hanya ingin berpesan kepada para pembaca yang budiman, kembalilah kita kepada matlamat yang asal. Matlamat kita dijadikan oleh Allah s.w.t. Kita bukanlah sesiapa, kita hanyalah hambaNya. Kembalilah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s