Hulurkan pertolongan anda!

Assalamualaikum w.b.t…

Kali ini, saya ingin membuat iklan kanak-kanak yang hilang. Semoga dengan sedikit usaha ini dapat membantu proses pencariannya. Sesiapa yang ada menjumpai kanak-kanak malang ini, sila bertindak segera dengan menghubungi ayah kanak-kanak ini.

Dewasa ini, kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Ada yang hilang ketika pulang daripada sekolah dan ada juga yang hilang semasa bermain di hadapan rumah sendiri. Entah ke mana mereka ini dibawa.

Maka, jalan terbaik adalah ibu bapa tidak  membiarkan anak-anak mereka keluar bersendirian. Mereka mesti ditemani oleh ahli keluarga. Sekarang ini, semuanya tidak selamat. Malah, di dalam rumah pun tidak selamat, apatah lagi di luar rumah.

Apabila hilangnya anak sendiri ini, saya pasti, ibu bapalah orang yang merana dan tidak keruan. Perasaan sedih dan gelisah pasti menyelubungi mereka. Semoga Allah mententeramkan kalian wahai ibu bapa dan semoga Allah mempertemukan kembali dengan anak kalian.

Pihak polis perlu melakukan tindakan pantas bagi menyelamatkan anak-anak ini diapa-apakan oleh penculik. Penduduk kampung atau orang ramai perlu memberikan kerjasama kepada keluarga mangsa dalam proses mencari kanak-kanak terbabit. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Ya Allah, amankanlah kami daripada perbuatan-perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan ini. Semoga kerja jahat mereka terbongkar dan dihukum dengan hukuman yang sepatutnya.

p/s: takut rasanya hendak pulang ke Malaysia apabila dengar kes-kes macam ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s