Wajarkah Puasa Berlaku Serentak

Assalamualaikum w.b.t…

Isu perselisihan bagi penetapan bermulanya Bulan Ramadhan dan juga Bulan Syawal sudah menjadi sebutan umat Islam. Isu ini sudah lama dibincang dan diperdebatkan di kalangan ulama.

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk rujukan para ulama, sebaliknya rujukan bagi orang ramai yang tidak tahu titik masalah dalam isu penetapan anak bulan ini.

Dalam penetapan anak bulan ini, para ulama terbahagi kepada 3 kumpulan :

1)      Kumpulan yang menggunakan ilmu falak sabagai asas rujukan dalam penetapan anak bulan.

2)      Kumpulan yang menggunakan penyaksian lelaki adil terhadap munculnya anak bulan.

3)      Kumpulan yang menggabungkan ilmu falak dan penyaksian lelaki adil terhadap munculnya anak bulan.

Oleh itu, saya ingin mengutarakan satu persoalan dan saya akan cuba jawab persoalan ini dengan sebaik mungkin dalam artikel ini. Apakah yang menjadikan golongan yang menggunakan penyaksian lelaki adil terhadap munculnya anak bulan tidak berganjak dengan pendirian mereka dengan menggunakan ilmu falak atau menggabungkan kedua-duanya sekali?

Ada pihak yang mengatakan bahawa ilmu falak adalah sangat tepat dan hampir mustahil untuk berlaku kesilapan kerana berdasarkan penggunaan teknologi yang lebih ampuh daripada pancaindera yang terbatas.

Ada baiknya, kita perhatikan hujah mereka dengan teliti. Jangan kita terlalu tergesa-gesa melihat mereka ini terlalu jumud dan static dalam memahami nas tanpa melihat perkembangan teknologi dll. Tuduhan-tuduhan seperti ini hanyalah menyebabkan kita meremehtemehkan usaha mereka dalam berfikir dan berijtihad.

Islam itu indah dan praktikal. Ianya sesuai dengan apa jua keadaan dan tahap pemikiran. Umat dahulu yang buta huruf boleh memahami Islam dan menghayatinya dengan penuh kemanisan, bagaimana kita yang terpelajar, boleh membaca dan menulis, tidak mampu melakukannya? Solusinya, dengar dan berfikir!

Penetapan awal bulan berpandukan kepada 2 perkara:

1 Melihat anak bulan oleh seorang lelaki yang adil yang membuat penyaksian terhadap perkara tersebut pada malam 30 bulan Sya’ban/ malam 30 bulan Ramadhan.

2 Menyempurnakan 30 hari jika tidak melihat anak bulan atau tiada penyaksian lelaki adil yang melihat anak bulan.

Penetapan ini diambil melalui 2 hadis Nabi s.a.w. :

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غم عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ يوما )) رواه البخاري ومسلم.

عن ابن عباس، قال: جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم أعرابي فقال: أبصرت الهلال الليلة، فقال: “تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمد عبده ورسوله؟” قال: نعم، قال: “قم يا فلان فناد في الناس، فليصوموا غدا” . وأخبرناه أبو يعلى مرة أخرى، وقال: “قم يا بلال” رواه ابن حبان وصححه.

Setelah ditetapkan anak bulan di suatu kawasan, maka persoalan akan timbul, siapakah yang perlu mengikutinya?

Yang wajib mengikutinya adalah mereka yang berada di dalam negara tersebut dan tidak negara-negara jiran. Hal ini disebabkan perbezaan tempat melihat anak bulan dan juga berdasarkan perintah Baginda Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Kuraib r.a.

Daripada dua permasalahan ini, ianya jelas meunjukkan kebolehan untuk berselisih dalam menentukan permulaan bagi setiap bulan. Setiap pihak mempunyai kemampuan dalam menentukan permulaan bulan Islam.

Terdapat satu lagi masalah yang selalu dibincangkan oleh para ulama berkenaan dengan penetapan bulan Islam ini. Apakah hukum orang yang bermusafir daripada negara yang lebih awal puasanya kepada negara yang lewat puasanya? Mereka ini mengikuti negara mana dalam berhari raya?

Para ulama berpendapat bahawa mereka perlu mengikut negara yang ditujui. Hal ini kerana mereka sudah menjadi sebahagian ahli negara tersebut dan terikat dengan hukum di negara tersebut. Andainya, mereka berpuasa 28 hari sahaja kerana perbezaan awal bulan ini, maka mereka perlu berhari raya pada hari 29 kerana mengikut negara yang ditujui dan perlu menqadakan baki sehari lagi. Manakala, jika mereka sudah mencukupi 30 hari tetapi negara yang mereka tujui masih berpuasa maka mereka perlu terus berpuasa sehinggalah hari ke 31 kerana mengikuti hukum negara tersebut.

Demikianlah sedikit pencerahan masalah penetapan awal bulan dalam Islam. Semoga mendapat manfaat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s