Dua Dunia Yang Berbeza

Assalamualaikum w.b.t…

Dua dunia yang berbeza. Kita yang serba cukup dengan mereka yang dalam serba kekurangan dan kezaliman. Kenapakah ini berlaku, wahai pembaca yang budiman?

Saya ingin mengajak kalian melihat perbezaan ini secara teliti bagi melahirkan rasa kasihan dan bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan apa yang dikurniakan kepada kita. Kalau kita merasai kesusahan dan kepayahan dalam hidup seharian, tetapi mereka di sana lebih susah dan payah keadaan mereka. Bersyukurlah!

Saya percaya kalian selalu membaca surat khabar ataupun menonton berita di televisyen. Dari sudut kebebasan dan keamanan, kita di sini hidup dengan penuh aman damai, namun rakyat Palestin dan Syria mereka hidup dalam ketakutan dan kekangan. Harta mereka menjadi milik orang. Sampai masanya diambil begitu sahaja tanpa dipedulikan jeritan dan rayuan mereka. Dari sudut kelaparan dan kebuluran, kita ada segala jenis makanan. Malah, rakyat Malaysia mati kerana terlebih makan, tetapi rakyat Kenya dan kebanyakan negara di Afrika mati kerana kebuluran dan kelaparan. Untuk mencari sesuap nasi, mereka berusaha keras. Kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada. Mereka tidak lagi memikirkan tentang keselesaan dalam hidup, sebaliknya mereka memikirkan tentang bertahan untuk hidup pada hari esok. Segala-galanya tidak pasti bagi mereka.

Demikianlah gambaran dua dunia yang berbeza. Cukup jauh perbedaannya, antara kita dan mereka. Namun yang pasti, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan kita untuk hidup aman dan sentosa. Saya teringat dengan kata-kata seorang cendekiawan akademik: “Wang adalah milik kita tetapi sumber kehidupan adalah milik bersama”. Sumber makanan dan minuman adalah milik bersama. Jangan dicemarkan dan dirosakkannya. Setiap manusia mempunyai hak terhadap sumber tersebut.

Sudah lama saya berfikir, kenapa mereka masih berada di dunia mereka sedangkan zaman sudah berubah. Segala teknologi untuk mempercepatkan segala perhubungan sudah lama tercipta, tetapi mereka tidak juga berubah. Di mana silapnya keadaan ini?

Saya kira, kita perlu berusaha gigih dalam membela mereka. Kita perlu membantu mereka bagi mendapatkan makanan, kebebasan dan hak-hak mereka yang tertindas kerana mereka sama seperti kita. Kita juga perlu bersemangat dalam kehidupan kita bagi menjamin kehidupan generasi kita yang mendatang. Kalau mereka yang tertindas itu berusaha sedaya upaya untuk hidup, bagaimana kita pula? Doa dan harapan demi melihat dunia yang lebih baik buat mereka perlulah dilakukan. Selain itu, saya menyokong usaha-usaha murni seperti menghantar bantuan makanan dan perubatan ke negara-negara yang sedang berperang ini, membuat video tentang kezaliman yang ada di sana serta pelbagai kempen yang diusahakan bagi memberikan dunia yang lebih baik buat mereka.

Di sini saya sertakan beberapa usaha yang dilakukan oleh Aman Palestin:

Sumbangan derma dan barang: http://www.amanpalestin.net/salam.php?kategori=berita

Belian filem animasi Palestin yang bertajuk Gaza Al-Abiyah dengan harga RM19.90. File mini sudah berada di pasaran. Boleh dapatkan yang asli. Membeli sambil menderma. Link trailer: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=U-B9a-7rYlY

Akhir kata, saya berharap agar kita lebih memahami dan menghayati keperitan hidup mereka dan membantu mereka mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Semoga kita insaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s