Filem Biografi The First Grader (2010)

Assalamualaikum w.b.t…

Bagaimana keadaan kalian dengan ibadat di Bulan Ramadhan? Moga-moga terus dahaga dan lapar dalam mencari kebaikan dan kebajikan.

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang sebuah filem biografi yang baik dari sudut pengajaran dan pengolahan ceritanya. Apabila saya menonton filem ini, saya berharap penggiat filem di Malaysia juga mampu membuat filem seperti ini. Ianya penuh dengan pengajaran dan pengalaman yang boleh diteladani. Apa yang penting, filem ini cukup memberikan energi kepada anda!

Cerita ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah kampung kecil di Kenya. Kampung ini terletak di kawasan pergunungan yang tiada tumbuh-tumbuhan dan kemudahan jalan raya. Cerita ini mengisahkan tentang semangat seorang warga emas yang mengalami zaman muda yang perit di zaman penjajahan. Beliau ialah Mau Mau. Beliau ingin belajar menulis dan membaca. Bagi memenuhi impiannya ini, beliau terpaksa belajar dengan kanak-kanak kecil yang berusia 6 tahun. Namun, usaha dan semangatnya ini ditentang oleh penduduk kampung di situ yang menganggap kehadirannya di sekolah akan menganggu pembelajaran anak-anak mereka.

Untuk mengetahui kesudahannya, saya mengajak kalian untuk menonton filem yang penuh pengajaran ini bagi orang-orang yang berakal.

Link download (dicadangkan) :

http://www.hnmovies.com/2012/06/first-grader-2010-bluray-720p-brrip.html

Link menonton secara online (dicadangkan) :

http://www.sockshare.ws/file/LbgQjOYwkAR0zHYH

Selamat Menonton!

p/s: saya tidak bertanggungjawab dengan link yang diberikan. Kalian boleh mencari link yang lebih sesuai jika ianya tidak berfungsi atau terdapat virus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s