Tips Bagi Kajian Yang Berkualiti (Part 2)

9 Pencarian maklumat yang pelbagai. Dalam hal ini, anda boleh mencari maklumat dalam pelbagai bentuk. Boleh mencarinya melalui buku-buku rujukan samada utama mahupun sekunder atau melalui kelas-kelas dengan ulama yang masyhur dan ahli dalam bidangnya atau dengan kata mudahnya, pengambilan ilmu melalui lisan ulama. Sumber yang kurang dititikberatkan oleh para pengkaji. Ingatlah bahawa ilmu dikutip melalui ulama secara turun temurun. Apa yang ada pada kitab itu juga merupakan ilmu yang disampaikan melalui lisan juga. Namun, terdapat satu kelebihan yang dilupakan oleh para pengkaji tentang kepentingan mengumpul maklumat secara lisan adalah ianya merupakan keberkatan dalam sesuatu majlis. Barangkali, ianya ilham daripada Allah s.w.t. kepada ulama tersebut yang jarang-jarang berlaku. Oleh itu, setiap maklumat yang disampaikan di dalam kelas pengajian perlu dicatat dan berkemungkinan mempunyai manfaat yang besar dalam kajian kita.

10 Elakkan mengambil maklumat daripada sumber yang tidak dibenarkan. Sumber yang dimaksudkan di sini ialah seperti internet ataupun software-software yang membantu para pengkaji dalam mencari maklumat. Kebanyakan software-software ini mempunyai banyak kelemahan dalam penulisannya. Oleh itu, penggunaan software ini hanyalah membantu para pengkaji sampainya kepada maklumat bukan sebagai rujukan asli. Para pengkaji perlu merujuk kepada sumber bertulis.

11 Pemilihan istilah yang tepat. Pemilihan istilah yang tepat dalam sesuatu perkara amat penting dalam kajian ilmiah. Bagi membantu, para pengkaji boleh merujuk kamus-kamus istilah dan kamus-kamus bahasa.

12 Penerangan istilah yang sukar difahami. Setiap istilah yang sukar difahami perlulah diterangkan dalam bahas. Penerangan ini boleh dibuat di bahagian bawah bagi setiap muka surat kajian ataupun disediakan satu bahagian khas untuk pentakrifan istilah yang berada di bahagian belakang.

13 Penterjemahan cendekiawan yang kurang dikenali. Para pengkaji perlu memperkenalkan cendekiawan yang kurang dikenali kepada pembaca. Pembaca yang dimaksudkan di sini ialah pembaca yang bukan ahli dalam bidang tersebut. Para pengkaji tidak perlu untuk memperkenalkan cendekiawan atau ulama yang sudah dikenali kerana dengan terjemahan mereka tidak menambahkan apa-apa nilai kepada pembaca selain menambahkan bilangan muka surat kajian semata-mata.

14 Kaitkan setiap kajian dengan contoh semasa. Setiap kajian yang tidak bermatlamatkan untuk menyelesaikan masalah manusia adalah sia-sia. Oleh itu, kajian perlu dikaitkan dengan contoh semasa bagi memastikan relevannya sesuatu perkara dengan zaman tersebut.

15 Jelaskan pendirian penulis. Dalam setiap isu, para pengkaji perlu menyelitkan pendiriannya terhadap masalah tersebut serta kemampuannya dalam memahami masalah tersebut dengan baik. Hal ini boleh dilakukan dengan mengkritik pandangan yang dirasakan tidak tepat serta menunjukkan kelebihan pandangan yang lain dengan hujah-hujah yang konkrit. Selain itu, para pengkaji boleh mengaitkan masalah tersebut dengan masalah yang lain yang ada persamaan dari sudut tabiatnya bagi dikeluarkan ulasan terhadap perkara tersebut.

16 Menulis “sallallhu alaihi wasallam” dengan penuh. Para pengkaji perlu menulisnya dengan penuh dan bukan dengan ringkas. Hal ini juga sama dalam bahasa Arab ataupun bahasa Melayu (saya juga kurang amalkannya dalam bahasa Melayu). Begitu juga dengan penulisan “radhiyallahu anhu”, “rahimahullah” dll. Semuanya perlu ditulis dengan penuh sebagai tanda hormat kita kepada mereka yang telah berjasa kepada agama kita.

17 Menghormati para ulama. Dalam menulis nama-nama ulama, para pengkaji perlulah beradab dalam menyebutnya. Jangan ditulis sekdar, Abu Hanifah, Ahmad, Syafie tetapi sebaliknya perlu menyebut Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Imam Syafie. Demikianlah juga dengan ulama-ulama yang lain.

18 Menyebut kesimpulan kepada kajian. Setiap kajian perlu diakhiri dengan rumusan ataupun natijah kepada kajian kita. Dalam kesimpulan ini, kita boleh menyebutkan tiga perkara:

1 Natijah kepada kajian.

2 Bahan rujukan yang menjadi punca kepada kajian tersebut.

3 Serta menyebutkan kekurangan-kekurangan yang boleh disempurnakan oleh para pengkaji yang lain dalam kajian tersebut.

19 Menulis isi kandungan yang penting. Para pengkaji perlu menulis isi kandungan bagi kajian tersebut. Sama ada isi kandungan kajian, isi kandungan ayat al-quran, isi kandungan hadis, ataupun isi kandungan syi’ir Arab. Oleh itu, penyenaraian ini penting bagi memudahkan pembaca mencari maklumat yang dikehendaki.

Sekadar itu sahaja tips-tips yang berkualiti. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s