Tips Bagi Kajian Yang Berkualiti (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t…

Salam Ilmu Dan Harapan buat pembaca blog saya.

Artikel ini saya tujukan kepada para pelajar yang akan menulis assignment, bahas atau urudh. Nasihat ini juga ringkasan daripada buku Asas-Asas Manhaj Bahas Dalam Ilmu-Ilmu Islam  yang ditulis oleh Dr. Abdullah Ghaziwi.

Antara tips yang disebutkan adalah:

1 Memulakannya dengan Basmalah. Perkara ini banyak dilupakan oleh para pengkaji. Ini menunjukkan sifat kehambaan kita kepada Allah yang Maha Esa dengan bergantung harap kepadaNya. Cukuplah kita menghayati hadis Nabi s.a.w.  yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi.

كُلُّ كَلَامٍ لا يبدأ في أوله بذكر الله فَهُوَ أَبْتَرُ”

Nabi s.a.w. bersabda: “Setiap perkataan yang tidak dimulakan di permulaannya dengan menyebut Allah maka ia terputus (iaitu kurang berkatnya)”

2 Kajian untuk menjawab soalan-soalan yang penting. Kajian yang terbaik ialah kajian yang Berjaya menjawab permasalahan-permasalahan yang dibangkitkan dipermulaan kajian. Maka, pengkaji perlu memulakan kajiannya dengan bertanyakan kepada diri sendiri tentang persoalan-persoalan yang perlu dijawab di dalam kajiannya.

3 Menyatakan tujuan kajian yang kukuh. Tujuan menjadi penentu kejayaan kepada kajian kita. Andainya tujuan kita kuat dan mantap maka kita mampu menghasilkan kajian yang berkualiti serta memberi manfaat kepada masyarakat. Islam mengajar kita untuk bermatlamat dalam setiap perkara. Dalam ibadat, kita diperintahkan untuk berniat atau bertujuan, maka begitu juga dalam kajian kita.

4 Menyatakan kajian yang terdahulu. Matlamat kajian yang baik adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat serta memberikan jalan penyelesaian yang konkrit dalam sesuatu masalah. Selain itu, ia juga bertujuan menambahkan bahan ilmiah dalam perpustakaan Islam. Ianya bukan sekadar menghimpunkan maklumat di sana sini serta mendapatkan sekeping sijil. Dengan menyebut kajian yang terdahulu, kita dapat mengetahui sejauh mana kita mampu memberikan nilai baru dalam bidang ilmu. Oleh itu, pembacaan yang meluas perlu dilakukan bagi mencapai tahap ini.

5 Pemilihan tajuk yang betul. Tajuk merupakan gambaran asas kepada kajian kita. Apabila kita menyatakan sesuatu tajuk maka kita sedang menggambarkan kepada pembaca tentang gambaran umum kajian kita. Oleh itu, apabila kita menceritakan tentang sesuatu tajuk, kita perlu membezakan antara perkara asas bagi tajuk dan perkara sampingan. Perkara asas perlulah disebut dan diterangkan dengan jelas kepada pembaca. Perkara asas ini perlulah merangkumi 80 peratus muka surat bahas kita berbanding perkara sampingan dalam kajian kita.

6 Pembahagian tajuk yang baik. Setiap kajian mempunyai pecahan-pecahan tajuk yang banyak. Setiap tajuk ini perlu dipecahkan dengan baik. Mulakan dengan “bahagian”, kemudian “bab”, “fasal”, “mabhas” dan akhir sekali “mathlab”. Selain pecahan ini, pecahan dalam bentuk contoh dan maklumat secara bernombor juga perlu dibuat pemilihan yang baik juga. Pengkaji boleh menggunakan nombor, abjad “abc”, huruf roman dll. Pemilihan ini perlu diserasikan dengan bahasa dan jenis kajian. Kalau kajian dalam bahasa Arab, maka pemilihan huruf “alif, ba, ta” adalah lebih sesuai berbanding “abc”.

7 Pengumpulan bahan rujukan yang berkualiti. Para pengkaji perlu membezakan antara bahan rujukan utama atau sekunder. Pengambilan bahan rujukan sekunder yang banyak dan bahan rujukan utama yang sedikit telah menurunkan mutu sesuatu kajian. Bahan rujukan utama dapat dikenal dengan mengetahui tarikh mati pengarang. Jika pengarang meninggal semasa atau selepas perkembangan sesuatu ilmu maka ia dikira sebagai bahan rujukan utama dan jika pengarang meninggal selepas perkembangan ilmu dalam tempoh yang agak lama maka bahan rujukan itu adalah sekunder.

8 Pendetailan ayat al-quran, hadis dan syi’r Arab. Kesalahan dalam ayat al-quran, hadis adalah seuatu yang tidak dapat diterima. Oleh itu, apabila pengkaji menulis ayat al-quran dan hadis, maka perlulah merujuk kepada sumbernya iaitu mashaf al-quran dan kitab-kitab hadis. Selain itu, nama surah serta nombor ayat perlu disebut bagi al-quran. Manakalah hadis pula, perlu menyebutkan sumbernya, bab dan nombor hadis serta juzuk dan bilangan muka surat. Manakala syi’I Arab pula perlu disebutkan sumbernya serta tuan punya syi’ir. Ketiga-tiga ini perlu menggunakan tanda-tanda yang berbeza-beza bagi menunjukkan kelainan antara mereka. Selain itu, perlu diletakkan baris.

Bersambung esok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s