Bertanya Soalan Lebih Penting Daripada Menjawab Soalan

Assalamualaikum w.b.t…

Baru sahaja membaca artikel daripada Saiful Islam / Ustaz Hasrizal berkenaan dengan kepentingan bertanya soalan daripada menjawab soalan. Cukup menarik artikelnya. Tahniah saya ucapkan buat Ustaz Hasrizal yang mempromosikan budaya bertanya daripada mendengar atau menjawab soalan.

Saya merupakan seorang yang suka bertanya di dalam kelas. Malah, saya menetapkan diri saya untuk selalu bertanya bagi setiap sesi pembelajaran kerana saya berasa teruja untuk terus belajar dengan bertanya berbanding diam dan mendengar sahaja. Ini pengalaman saya. Anda pula bagaimana?

Saya melihat kepentingan bertanya ini dari sudut win win situation, iaitu kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Guru yang mengajar mendapat faedah dengan pertanyaan kita dan kita juga mendapat faedah yang besar dengan sesi pembelajaran tersebut.

Sebagaimana yang dimaklumi, pertanyaan ini ada banyak tujuan. Antaranya:

1 Bertanya untuk mengetahui perkara yang tidak diketahui.

2 Bertanya untuk memberitahu perkara tersebut kepada orang lain.

3 Bertanya untuk lebih yakin dengan jawapan kita.

4 Bertanya untuk mengetahui tahap ilmu seseorang.

Ini antara sebab kita perlu bertanya. Namun, berjaga-jagalah daripada bertanya untuk menjatuhkan seseorang serta menunjukkan keaiban orang lain. Ini perlu dijauhkan.

Selain itu, kita juga perlu bertanya dengan penuh beradab dan sopan. Antara adab-adab yang penting dalam bertanya :

1 Minta izin untuk bertanya soalan.

2 Pastikan soalan itu ringkas dan jelas.

3 Tanya soalan yang berkaitan dengan tajuk.

4 Mulakan soalan dengan “Basmalah”.

Akhirnya, lazimilah kita bertanya soalan terutama dengan ulama yang terkenal dengan ilmunya serta ahli dalam sesuatu bidang. Pasti kita akan lebih bersemangat untuk terus belajar dari semasa ke semasa.

Selamat Menuntut Ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s