Sepanyol Menang Euro 2012

Assalamualaikum w.b.t…

Tahniah Sepanyol! Sejarah terukir dengan kemenangan 3 kali berturut-turut memenangi kejohanan bola berprestij dunia. Bermula dengan Euro 08, World Cup 10 dan sekarang Euro 12.

Namun, mereka masih lagi dapat menguasai kejohanan dunia dalam tahun-tahun mendatang kerana mempunyai bakat-bakat yang besar dalam dunia bola sepak. Siapa tak kenal dengan Iniesta, David Silva, David Villa, Fabregas, Sergio Ramos, Pique dll. Semuanya bintang-bintang di posisi masing-masing.

Dimanakah bermulanya kehebatan Sepanyol?

Di teknik kawal bola dan dan cara serangan yang mengelirukan lawan. Ini yang saya lihat dengan jelas daripada kemahiran mereka.

Punca kenapa mereka tidak mampu disekat oleh defender adalah teknik serangan mereka yang sangat sukar dibaca. Sangat mengelirukan. Mereka boleh cross bola dari winger atau left back atau trough bola daripada midfielder atau defender. Dan hampir semuanya boleh buat gol. Bermula daripada striker hinggalah defender. Cuma penjaga gol je yang tak boleh.

Bagi teknik kawal bola, Sepanyol memang belajar daripada Barcelona iaitu teknik tiki taka. Memang boring jika teknik ini dimainkan dari sudut penonton tetapi menceriakan pemain dan tidak kelam kabut dalam mengawal bola. Semuanya tersusun.

Selain itu, semangat juang pasukan Sepanyol sangat tinggi. Cuba kita lihat pemain-pemainnya, semuanya saling membantu. Tiada seorang pun yang terkecuali daripada membantu membuat gol. Semuanya ada peranan dalam membuat gol. Kalau bola ke hadapan semuanya naik termasuk defender. Kalau bola ke bawah, semuanya turun termasuk striker. Striker juga kurang terperangkap dengan kesalahan offside.

Memang saya kagum dengan pasukan ini. Peluang yang cerah ditunjukkan mereka untuk menjuarai kejohanan-kejohanan berprestij selepas ini.

Selamat maju jaya Sepanyol.

p/s: pasukan bola sepak Malaysia macam mana pula?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s