Originaliti Vs Populariti

Assalamualaikum w.b.t…

Originaliti Vs Populariti

Bagi blogger, mereka sudah terbiasa dengan perbincangan seperti ini. Namun, bagi pembaca biasa, mereka pasti terkeliru dengan istilah ini.

Baik, saya akan ternagkan serba sedikit bagi memudahkan pemahaman kalian. Originaliti di sini merujuk kepada keaslian sesuatu blog dari sudut artikel dan juga jenis-jenis artikel yang dikongsikan. Andainya, anda seorang blogger yang menulis tentang pandangan peribadi maka anda terus menulis dengan teknik dan jenis yang sama maka anda telah berjaya mengekalkan originality blog anda. Namun, jika anda berubah-rubah mengikut keadaan demi mendapatkan popularity maka anda tergolong dalam kategori blogger yang mencari popularity daripada menjaga originaliti blog.

Semuanya ada pro dan kontra. Namun, saya lebih suka kepada originality daripada popularity. Namun, diri ini yang malas sedikit membuat rujukan serta belajar lebih masa menyebabkan banyak menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran atau dengan kata lain mencari populariti.

Selain itu, minat yang terlalu pelbagai menyebabkan saya terlalu suka menulis banyak perkara. Kadang-kadang terfikir juga ingin memiliki banyak bolg dengan setiapnya mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza. Takut-takut tak mampu nak menguruskannya maka sebab itulah idea tersebut tak berjaya. Sekarang ini, masih lagi setia pada yang satu dan cuba sedaya upaya untuk post setiap hari satu artikel.

Keburukan daripada tidak mengekalkan originality ini ialah kita tidak mampu fokus kepada kandungan blog yang asli. Contoh, saya menulis blog ini untuk lebih menjurus kepada fiqh tetapi kebanyakan post saya lebih kepada isu semasa dan pandangan peribadi terhadapnya.

Akhirnya, moga-moga saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. InsyaAllah, saya akan maklumakan kemudian, apakah jalan penyelesaiannya nanti.

Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s