Penghijrahan Artis


Assalamualaikum w.b.t…

Sekarang ini hangat dengan penghijrahan para artis dan selebriti daripada dunia mereka ke dunia Islam. Ada yang dihebahkan melalui media massa dan ada yang tidak dihebohkan.

Sekalung tahniah saya ucapkan buat mereka yang telah berubah. Perubahan daripada tidak baik atau kurang baik kepada lebih baik adalah sukar. Ketahanan mental dan fizikal sangat perlu untuk berhadapan dengan kritikan dan tohmahan orang ramai serta pujian-pujian yang berlebih-lebihan.

Antara isu yang dibawakan tentang penghijrahan mereka ini seperti berikut:

1 Adakah hijrah ini mampu dilakukan secara konsisten?

2 Adakah perlu kekal dengan dunia mereka sebagai seorang artis atau lakonan bagi selebriti?

3 Betulkah penggunaan platform politik sebagai medan perubahan?

4 Punca perubahan para artis ini kebanyakannya daripada mimpi, adakah mimpi merupakan khabar yang boleh dipercayai?

Dan banyak lagi persoalan yang timbul samada daripada diri mereka sendiri atau masyarakat yang melihatnya seperti kalau nak berubah, adakah mesti pakai tudung labuh dan pakaian warna hitam serta tidak lagi boleh lagi menunjukkan aksi yang menarik minat orang lelaki dan sebagainya.

Namun, saya cuba mengeluarkan pandangan berkenaan 4 soalan ini sahaja dan pandangan secara umum bagi permasalahan yang lain.

1 Penghijrahan yang konsisten merupakan tanda kejayaan bagi seseorang. Tapi ia bukanlah semudah abc. Semuanya bertitik tolak daripada hidayah Allah s.w.t. Sebab itu, perubahan perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas serta pencarian ilmu. Tanpa kedua-dua elemen ini, seseorang itu akan tersungkur dek lemas dalam cabaran yang dihadapi. Kita juga yang melihatnya perlulah sama-sama mendoakannya dan bersangka baik dengan penghijrahan tersebut. Semoga ianya berkekalan dan konsisten.

2 Kekal dengan dunianya ataupun tukar. Semuanya tergantung kepada individu tersebut. Namun, saya melihat, perubahan bidang kerjaya juga perlu kerana bidang seni dan lakonan ini sangat mencabar terutamanya bagi mereka yang baru berhijrah. Jalan selamatnya adalah tukar kerjaya dan jalan berduri dan berliku-liku adalah tetap dengan kerjaya tetapi dalam masa yang sama melakukan dakwah kepada rakan-rakan yang lain.

3 Ini yang paling riuh sedikit. Banyak pro dan kontranya. Saya juga tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini kerana setiap orang mempunyai pilihannya tersendiri. Apa yang penting ialah ianya memberikan kekuatan bagi diri mereka. Jika mereka melihat medan politik boleh memberikan banyak manfaat dan kekuatan bagi diri mereka dan orang ramai, apa salahnya? Begitulah sebaliknya. Namun, penyertaan dalam mana-mana parti politik yang memenangkan Islam dan orang Islam adalah wajib dan tiada pengecualian.

4 Banyak yang saya dengar antara punca para artis dan selebriti ini berubah kerana didatangi dengan mimpi-mimpi azab, nasihat dll. Pada masa yang sama, mimpi juga mainan tidur. Tidak semuanya boleh dipercayai dan diambil perhatian. Namun, mimpi yang membawa keinsafan adalah sesuatu yang sangat bernilai, lebih-lebih lagi jika datang dengan kerap. Jadikanlah mimpi-mimpi seperti memberikan batu loncatan bagi kita dalam berubah sangat bagus. Asasnya kita berubah dari yang tidak baik kepada lebih baik.

Selain itu, perubahan yang dilakukan perlulah secara perlahan-lahan atau kalau mampu secra drastik. Semuanya mereka boleh memilih dan mengikut keupayaan masing-masing. Kita yang melihat perubahan ini pula janganlah menekan mereka supaya berubah secara mendadak tanpa memikirkan kemampuan mereka melakukan yang demikian. Mereka juga adalah diri mereka seperti dahulu. Tiada apa yang berubah melainkan hati mereka sahaja yang berubah. Maka, berilah masa mereka dalam berubah dan meningkatkan diri kepada yang lebih baik. Anggaplah kita berada di tempat mereka.

Sekadar itu dahulu pandangan yang naïf ini. Wassalamualaikum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s