Kontroversi Euro 2012

(John Terry sedang mengeluarkan bola daripada pintu gol)


Assalamualaikum w.b.t…

Euro 2012 sedang rancak berlangsung. Peringkat kumpulan sudah berakhir dan 8 pasukan daripada negara berlainan di Eropah sudah melayakkan diri di peringkat seterusnya.

Saya selaku peminat bola sepak tidak terlepas daripada perkembangan bola ini. Mula meminati bola secara serius bermula awal tahun lepas. Setelah itu, hampir tidak terlepas daripada perkembangan bola samada peringkat eropah mahupun peringkat Malaysia dan Negeri Kelantan, negeriku.

Kontroversi Euro 2012. Saya maksudkan, kontroversi bola sepak atau kontroversi di padang. Tentu banyak kontroversinya. Perlawanan antara England dan Ukraine menimbulkan satu lagi kontroversi yang besar, lebih-lebih lagi melibatkan kejohanan sebesar Euro.

Apa ceritanya?

John Terry cuba mengeluarkan bola yang sudah melepasi garisan gol dan gol itu tidak dikira. Jika dilihat dengan kamera, ia jelas menunjukkan bola telah melepasi garisan gol. Kemudian, barulah terhegeh-hegeh Presiden Fifa, Sepp Bletter mengatakan keperluan menggunakan sistem teknologi garisan.

Punca

Kejadian seperti ini telah banyak kali berlaku. Malah, ada yang lebih daripada apa yang berlaku terhadap Ukraine. Manusia memang ada kelemahannya dan kita selalu mengiyakannya. Maka, saya selalu berfikir, kenapa kita masih lagi tidak menggunakan sistem teknologi garisan kalau kita memang mengakui kita mempunyai kelemahan?

Puncanya kerana pihak ‘berkuasa’ dalam bola ingin mengekalkan kontroversi kerana ianya adalah salah satu daripada permainan. Mungkin rasuah sesuatu yang keji dalam bola sepak, walaupun tidak keji bagi pemerintah, tetapi kontroversi adalah sesuatu yang dibenarkan dan umpama gula di dalam minuman.

Kontroversi Pengadil

Selain daripada kontroversi gol, dalam bola sepak juga adanya kontroversi pengadil. Dalam Euro 2012, ada pengadil mengeluarkan kad kuning kedua iaitu kad merah dalam perlawanan tersebut bagi pemain yang sedang merebut bola seperti dalam perlawanan antara Ireland dan Itali.

Kenapa sampai begitu mudah mengeluarkan kad kuning kedua, sedangkan tiada asakan atau terjehan keras. Selain itu, pengadil mempunyai 3 orang pembantu yang boleh membantunya membuat keputusan. Kenapa keputusan seperti ini masih diambil ?

Nasihat Buat Penyokong

Islam itu indah dan mengajar umatnya untuk memberitahu tentang keindahan Islam. Sebenarnya, inilah matlamat saya dalam menulis artikel ini. Kita berhibur, berhibur juga. Tetapi janganlah sampai menjadi orang yang lalai. Menonton bola janganlah sampai terabai kewajipan-kewajipan yang lain. Terutamanya solat. Di tempat saya, Maghribi, bola disiarkan hampir dengan waktu Maghrib dan habis hampir dengan waktu Isya.

Sepanjang pemerhatian saya, mereka yang menonton bola di Cafe memang payah hendak solat. Adakah bola lebih penting daripada solat? Bola hanyalah hiburan dan solat adalah kewajipan. Maka, dahulukanlah kewajipan daripada hiburan. Kerana Allah s.w.t. tidak bertanyakan kamu, pasukan manakah yang akan memenangi Euro 2012 dan jika betul jawapan kamu, maka kamu termasuk ahli syurga.

Perkara yang mula-mula Allah s.w.t. melihat dan meneliti adalah solat. Jika lepas kita di solat, maka barulah Allah s.w.t. melihat kepada amalan lain. Kesimpulan ini diambil daripada hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Imam Sunan yang empat.

Selain itu, nasihat Ustaz Azhar Idrus tentang penyokong-penyokong fanatik yang mewarnakan muka atau badan, janganlah terlalu taksub sangat sampai susah hendak solat nanti. Kena basuh dengan cat dan sental dengan berus. Bukankah itu sudah berlebih-lebihan.

Jadi, berpada-padalah kita dalam menyokong dan berhibur. Utamakan apa yang perlu diutamakan. Kepada pelajar, jangan asyik dengan bola sampai terlupa pelajaran.

Sekian sahaja buat kali ini. Wassalamualaikum.

One thought on “Kontroversi Euro 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s