Hidup Bukan Peperangan

Assalamualaikum w.b.t…

Hidup bukanlah sebuah peperangan, perlumbaan dan persengketaan antara satu sama lain.

Tanpa kita sedari, kita diajar untuk saling bermusuh, saling berlumba dan saling bersengketa di antara kita. Memang, semua tidak bersetuju dengan sikap-sikap ini, namun dalam masa yang sama kita sedang menerapkannya.

Bermula di saat kita kecil hinggalah kita mati, kita belajar dan menerapkan sikap-sikap ini dalam kehidupan kita.

Ketika kecil, kita saling berlumba dengan adik-beradik kita untuk mendapatkan sesuatu seperti makanan, hadiah dll.

Di peringkat sekolah menengah, kita diajar berlumba-lumba mendapatkan keputusan yang cemerlang. Hanya belajar sahaja dan hampir tiada ruang untuk hak-hak orang lain seperti menunaikan hak ibu bapa dan adik beradik.

Di peringkat universiti, kita sekali lagi dipaksa berlumba-lumba mendapatkan keputusan yang cemerlang demi mendapatkan pekerjaan yang baik.

Ketika mencari pasangan, kita sekali lagi bersaing dengan kawan-kawan bagi mendapatkan wanita idaman kita.

Sebenarnya, hampir mustahil untuk menyebutkan contoh-contoh perlumbaan dalam kehidupan kita kerana semuanya berbau perlumbaan, peperangan dan persengketaan.

Persoalannya, adakah benar hidup ini bertujuan untuk itu?

Tidak sama sekali! Manusia bukan datang untuk itu. Manusia datang dengan tujuan yang lebih murni dan mulia. Tadabburlah wahai rakan-rakan pembaca ayat-ayat Ilahi yang jelas menggariskan kita bahawa hidup ini perlu dilakukan dalam bentuk harmoni, bekerjasama dan bantu membantu.

Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

“Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbilang bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling mengenali”      (Surah Al-Hujurat: 13)

Allah s.w.t. telah menegaskan dengan jelas bahawa kepelbagaian dan perbezaan yang kita ada bukan bertujuan untuk kita saling menindas tetapi untuk kita saling mengenali. Tiada bangsa yang tinggi darjatnya atau rendah darjatnya. Semuanya satu taraf. Semuanya diakui haknya sebagai manusia.

Maksudnya:

“Dan saling membantulah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan”       (Surah Al-Maidah: 2)

Kita perlu saling membantu dalam semua urusan samada urusan agama mahupun urusan dunia. Dengan syarat, urusan ini termasuk dalam amalan yang baik dan bukannya dalam amalan-amalan yang dosa.

Pernahkah kita melihat seorang bayi? Pastinya semua pernah melihatnya. Bayi bersifat lembut dan manis dipandang. Seorang ibu yang menjaga bayinya seharian pasti berasa penat dengan kerenah seorang bayi, tetapi bagaimanakah si ibu ini mampu bertahan terutamanya di peringkat bayi ini tanpa mengambil cuti? Semuanya kerana penat itu telah hilang dengan sifat bayi yang lembut dan manis dipandang. Itulah kita manusia! Manusia perlu bersikap lemah lembut dan manis dipandang dalam tingkah laku dan sifatnya. Kita perlu kekalkan sikap-sikap ini.

Tetapi kenapa selepas kita membesar dan mengenali dunia, kita mula mengikis sifat murni ini dan mula bersikap sombong, berlumba-lumba dan mementingkan diri sendiri? Apakah yang telah meracuni diri kita? Dunialah yang mencorak diri kita! Kerana kita mengikut arus dunia. Dunia banyak melatih sifat-sifat ini.

Berjaga-jagalah kawan-kawan, sikap seperti ini bakal mengikis sikap kehambaan kita kepada Allah s.w.t. dan seterusnya mencacatkan sifat taqwa kita. Sedangkan, taqwalah merupakan sifat yang paling mulia dan menjadi idaman seorang mukmin. Taqwalah destinasi terakhir kita!

Maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertqwa”                                                                                                                        (Surah Al-Hujurat: 13)

Matlamat kita juga adalah menjadi hamba Allah s.w.t. dan menjadi ‘duta’ agamanya yang beramanah dan berintegriti.

Maksudnya:

“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah Ku”     (Surah Az-Zariyat: 56)

Maksudnya

“Dan apabila berkata Allah kepada malaikat-malaikat sesungguhnya aku akan menjadikan di bumi ini khalifah (manusia)”                                                                                                        (Surah Al-Baqarah: 30

Kesimpulan

Kembalilah kita kepada sifat asal kita! Jadilah seorang yang lemah lembut dan sopan santun serta saling membantu demi menggapai sebuah kejayaan. Elakkan permusuhan dan persengketaan sesame sendiri. Jadikanlah bumi ini sebagai ‘taman bahagia’ yang penuh dengan warna warninya

Sekian sahaja buat kesempatan kali ini

Ar-Razi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s