Komentar Kursus Ilmiyah Di Maghribi

Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar kalian? Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya.

Hampir 3 minggu saya tidak post apa-apa artikel. InsyaAllah, bagi perkongsian pada hari ini saya ingin memberi sedikit komentar terhadap kursus ilmiyyah yang dijalankan di Maghribi secara umum. Mungkin setiap orang ada pandangan masing-masing dan ada juga yang tidak mahu mengkritik disebabkan selesa dengan apa yang ada.

Kritikan yang saya lakukan ini kerana saya tidak selesa dengan apa yang ada.

Pasti semua pembaca pernah menghadiri kursus ilmiyyah bukan? Apakah prestasinya dan komen anda? Mohon share di ruangan komen.

Baru-baru ini saya dan rakan-rakan di pengajian master disuruh mengikuti kursus ilmiyyah yang bertajuk “Usaha Ulama Dalam Memelihara Karya Andalus”.

Secara umumnya, kursus ini sangat menarik dari sudut tajuknya dan pecahan-pecahan tajuk kecil yang dibentangkan oleh para pembentang. Namun, kekurangan yang besar pada penyampaiannya.

Sebagai contoh, ada sesetengah pembentang yang hanya membaca kertas kerja mereka sahaja tanpa ada komunikasi dua hala. Barangkali, audiens mereka itu kertas kot! Ada sesetengah pula tu, membaca dengan laju macam pembaca berita.

Kekurangan seterusnya adalah masa. Masa yang diberikan kepada para pembentang tidak sama. Ada yang 10 minit, 15 minit da nada juga yang 20 minit. Sampaikan ada sesetengah pembentang tu, asyik sebut berulang-ulang kali, “ini point saya yang terakhir jika pengerusi benarkan” dan pengerusi senyum je! J

Selain itu, masa juga sangat-sangat lari. Janji 15 minit sahaja waktu solat. Tengok-tengok sampai 45 minit! Ini dah bukan janji Melayu ni, ini memang janji Arab. Mula pulak ikut suka je. Kalau orang sudah penuh, maka baru mula.

Satu lagi yang sangat mengecewakan adalah pembahagian yang tidak munasabah. Bayangkan, bagi pembentangan kursus ini terdapat lebih 15 orang bercakap yang dipecahkan kepada 6 kumpulan dengan tema yang berbeza serta setiap seorang dengan tajuk yang berlainan. Dan semua ini ingin dihabiskan dalam masa 2 hari dengan masa yang boleh “laras”. Huh, memang pening kepala nak menghadamnya!

Secara umunya, saya sangat kecewa mengikuti kursus ilmiyyah seperti ini. Buang masa! Masa yang boleh dihabiskan untuk tulis assignment, update blog dan urusan-urusan peribadi, hilang begitu sahaja. Manfaat daripada kursus ini sangat sedikit. Dan, saya kira hanya beberapa kursus sahaja saya mendapat manfaat walaupun tidak banyak sepanjang saya berada di bumi Maghribi.

Sememangnya kursus seperti ini membuang masa dan membazirkan duit. Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini, apakah audiens inginkan dalam seminar-seminar dan kursus? Di sini, saya cadangkan kepada para pembentang beberapa cadangan yang boleh dibuat rujukan sebelum membuat persediaan.

Pendengar inginkan hasil-hasil penemuan yang baru! Pendengar tak nak dengar benda-benda simple atau syarahan nak bagi semangat ke … Pendengar nak dengar apa yang anda dapat sepanjang kajian. Pendengar ingin tahu masalah-masalah yang ada sepanjang kajian dan apakah jalan penyelesaian. Pengalaman-pengalaman indah dan buruk sepanjang kajian yang berbeza dengan pengalaman orang lain. Dan para pendengar juga ingin kesimpulan kajian yang ringkas dan tersusun dan bukan ayat-ayat ringkasan karangan yang membosankan.

Pendengar juga inginkan anda berinteraksi dengan mereka bukan anda berinteraksi dengan kertas dan syok sendiri. Jika sesekali tengok kertas dan kemudian tengok audiens, maka itu pun dah ok. Janganlah asyik baca kertas je. Bacaan pula senada je.

Selain itu, bagi saya, pembentangan dalam kursus perlu menggunakan paparan LCD khususnya waktu petang. Siapa yang tak mengantuk masa ni? Semua orang akan penat jika program tu bermula waktu pagi sampai ke petang. Apatah lagi kalau 2 hari?

Selain itu, kita mesti banyak membentangkan bagaimana ingin menyelesaikan masalah. Kebanyak pembentangan yang biasa saya hadiri banyak membincagkan tentang masalah dan apa yang pembentang telah temui penyelesaiannya. Tapi tidak diutarakan ruang-ruang yang masih lompong untuk menyelesaikan masalah tersebut serta asal-usul masalah. Kalau tak tahu punca, macam mana orang nak selesaikan masalah?

Sekadar itu dulu komen saya. Komen banyak-banyak nanti, kena atas muka balik.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s