Hukum Hakam Berkaitan Anak Yang Dijumpai (Part 1)

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya ada soalan. Apakah hukum kita memelihara anak yang dijumpai? Dan apakah hukum hakam yang berkaitan dengan anak ini yang perlu diketahui oleh si penjaganya?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t… saudara yang bertanya. Saya kira soalan seperti ini datang tepat pada waktunya. Pada hari ini, kes-kes zina banyak berlaku di luar sana. Maka, hal ini merancakkan lagi kelahiran anak-anak yang tak ber”bin” ini. Sememangnya perbuatan membuang anak atau meninggalkan anak ini tidaklah disebabkan semata-mata perbuatan zina tetapi juga disebabkan faktor kemiskinan, penderaan bapa terhadap anaknya maka si ibu membuang anaknya bagi mengelakkan pernderaan berterusan dan lain-lain faktor yang berkenaan.

Anak yang dijumpai ini banyak dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh dalam pelbagai mazhab. Dalam bahasa arab, anak yang dijumpai disebut sebagai “ اللقيط ” iaitu mufrad (kalimah satu) dan jamaknya (kalimah menunjukkan lebih daripada dua) “ اللقطاء “. Malahan, sesetengah kitab fiqh itu menjadikannya sebagai satu bab yang tersendiri dengan perbincangannya yang terperinci.

Secara ringkasnya, memelihara anak yang dijumpai ini dilihat pada keadaannya. Jika keadaannya dalam keadaan membahayakan jika tidak diambil maka hukumnya adalah wajib seperti anak yang dibuang di dalam longkang atau ke dalam sungai. Jika keadaannya tidak membahayakan seperti diletakkan di tempat awam yang memungkinkan orang lain menjumpainya dalam keadaan selamat maka hukumnya khilaf di kalangan ulama. Ulama Syafie dan Hanbali menghukumkan fardhu kifayah iaitu jika seseorang mengambilnya maka jatuhlah hukum ke atas yang lain. Manakala, Ulama Hanafi menghukumkan sunat.

Hal ini disebabkan kerana si anak ini tidak mempunyai apa-apa dosa yang ditanggung dan ia suci sebagaimana anak-anak kecil yang lain. Maka, hak penjagaannya sama seperti hak penjagaan anak-anak yang lain. Tanggungjawab ini jatuh kepada pihak-pihak yang berkewajipan dalam menjaga golongan ini seperti rumah-rumah anak yatim, pusat kebajikan dll. Jika tiada pihak berkewajipan, maka mestilah ke atas mana-mana orang Islam mengambilnya serta memeliharanya sebagai anak sendiri.

Allah s.w.t. telah berfirman dalam Al-Kitabnya:

Maksudnya: “Dan tidaklah seseoran itu memikul beban dosa orang lain” (Surah Al-An’am : 164)

Sesungguhnya, si anak tadi tidak memikul dosa ibu bapanya yang melakukan perbuatan terkutuk seperti zina. Selain itu juga, anak tadi adalah merdeka mengikut jumhur ulama’ melainkan Imam An-Nakhaie r.h. Malah Ibn Munzir r.h meriwayatkan ijma’ ulama dalam hal ini. Oleh itu, peringatan kepada penjaga anak-anak yang dijumpai agar tidak melayan anak-anak ini seperti hamba dan orang gaji kerana mereka adalah anak yang merdeka seperti anak-anak yang lain. Malah, Islam juga menghukumkan sebagai Islam jika anak-anak ini dijumpai di negara Islam. Hukum ini tetap sama jika anak-anak ini dijumpai di rumah orang kafir tetapi dalam negara Islam.

Hak-hak anak yang dijumpai sama dengan hak-hak anak yatim kerana anak-anak yang dijumpai lebih berat ujiannya dan cabarannya daripada anak yatim (iaitu kehilangan bapa sebelum mencapai umur yang baligh). Anak yatim mempunyai nasab keturunan yang jelas, malah ada yang ibunya masih hidup dan mampu menjaganya. Manakala, anak yang dijumpai tiada apa-apa melainkan dirinya semata-mata. Oleh itu, keadaannya lebih memerlukan penjagaan daripada anak yatim walaupun dari sudut bahasa dan syara’ mereka tidak dinamakan sebagai anak yatim.

Antara hak-hak anak yatim yang perlu dilunaskan juga kepada anak-anak yang dijumpai ialah hak memperlakukannya dengan belas kasihan. Hak ini disertakan dengan perintah mentauhidkan Allah s.w.t. dan berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat.

Maksudnya: “Dan sembahlah kamu akan Allah dan janganlah kamu menyekutukannya dengan sesuatu dan berbuat  baiklah dengan kedua ibu bapa dan kaum kerabat serta anak-anak yatim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s