Malaysia Day 2012 Di Maghribi

Assalamualaikum w.b.t…

Sebagaimana yang saya janjikan sebelum ini berkenaan dengan entri program persatuan PMMM yang diadakan di bumi Maghribi.

Malaysia Day merupakan salah satu program yang besar yang diadakan oleh pihak persatuan PMMM. Program ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat Maghribi dengan budaya orang Malaysia yang pelbagai kaum dan citarasa. Selain itu juga, ia bertujuan untuk memperkenalkan sistem pengajian dan tempat-tempat pengajian di Malaysia.

(Kumpulan Dikir Barat PMMM)

(Ade jugak yang menimbang pakai baju melayu bersampin)

Banyak acara yang dipersembahkan. Namun di sini, saya hanya ingin bercerita tentang gelagat orang Maghribi bila bercakap tentang Malaysia.

Orang Maghribi memang tak habis-habis dok menjaja kebaikan orang Malaysia ketika menunaikan Haji dan Umrah. Apabila kami buat program ini, cerita ini masih kedengaran. Mereka juga gembira mengikuti acara-acara kebudayaan kita. Paling menyeronokkan bila melihat mereka asyik bermain congkak. Hari pertama, tidak ramai kaum lelaki yang berani bermain congkak kerana diberitahu bahawa permainan tersebut adalah permainan kaum Hawa. Namun, setelah melihat cabarannya bermain congkak, mereka teruja dan ikut bermain bersama.

Selain itu, orang Arab Maghribi merupakan kelompok yang suka berhibur dan bernyanyi. Mereka memang suka dengan persembahan dikir barat yang seiras dengan persembahan kebudayaan Maghribi juga.

( Tok Jogho sedang berkarya )

(Upacara Memotong Reben di Majlis Perasmian Penutup)

 

(Dua perwira sedang bertempur)

 Selain itu, mereka juga kagum dengan seni mempertahankan diri orang Melayu seperti Silat Gayung, Silat Cekak hanafi dll. Orang Maghribi banyak mencedok seni mempertahankan diri daripada bangsa lain seperti Kung Fu, Taekwando, Judo dll. Oleh itu, jika mereka melihat orang Asia maka mereka akan membuat aksi ala-ala Jackie Chan kerana menyangka orang Malaysia sebagai orang Cina.

(Majlis Perasmian Penutup sedang berlangsung)

Sekadar itu sahaja celoteh daripada saya.

Jumpa lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s