Bantulah Orang Yang Zalim!

Assalamualaikum w.b.t…

Setelah lama menyepi daripada update blog. Maaf buat rakan pembaca setia yang tertunggu-tunggu. 2 minggu yang lepas, saya sememangnya sibuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh persatuan PMMM. InsyaAllah, saya akan masukkan sedikit entri tentang program yang dijalankan serta beberapa info yang berguna.

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang kaedah membantu orang zalim. Tentu banyak soalan yang timbul di fikiran kita tentang membantu orang zalim ini. Adakah Islam membenarkan membantu orang yang zalim?

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا)) فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ ((تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ)) رواه البخاري.

Maksudnya:

Daripada Anas r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bantulah saudaramu yang zalim dan orang yang dizalimi”. Maka telah bertanya seorang lelaki kepada baginda s.a.w. : Wahai Rasulullah s.a.w., aku akan membantunya jika dia seorang yang dizalimi maka adakah pada pandangan engkau jika dia seorang yang zalim, bagaimanakah aku akan membantunya? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya: “ Aku menahannya atau menghalangnya daripada kezaliman maka sesungguhnya itu adalah bantuan kepadanya”.         (Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w. memperihalkan tentang kaedah membantu orang yang zalim dalam hadis ini. Caranya adalah kita menahannya daripada melakukan kezaliman. Tentunya banyak kaedah yang boleh kita aplikasikan bagi menegah orang yang zalim daripada melakukan kezaliman. Antaranya, kita menunjukkan teladan yang baik kepadanya ataupun menggunakan kuasa undang-undang yang ada di sesebuah negara.

Realiti pada hari ini, kita melihat manusia berlumba-lumba ingin membantu orang yang dizalimi tetapi tidak cuba membantu orang yang zalim. Maka, sampai bila manusia akan aman daripada kezaliman? Kita perlu bermula daripada punca masalah bukan daripada hasil-hasil yang sudah rosak. Kita perlu bermula dan menggiatkan usaha kepada orang yang melakukan kezaliman jika kita mahu aman daripada kezaliman.

Apa yang membimbangkan lagi dalam masyarakat kita pada hari ini, mereka langsung tidak menerima mereka yang telah bertaubat daripada kezaliman yang mereka telah lakukan pada masa silam. Tentunya, mereka akan pulang ke takuk yang lama dan melakukan kezaliman semula.

Satu lagi yang dilupakan oleh masyarakat Islam juga ialah kezaliman terhadap diri sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan kezaliman terhadap diri sendiri? Seseorang yang melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan samada memberi kesan buruk kepada diri sendiri seperti membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, membeli secara membazir dan lain-lain lagi. Perkara ini banyak dilakukan malah boleh dikatakan hamper tiada manusia yang boleh terlepas daripada melakukannya. Namun yang pasti kita mampu mengurangkan dan meminimakan kezaliman-kezaliman seperti ini berlaku terhadap diri kita.

Kitalah yang menjadi pengurus ke atas diri kita dan kitalah juga yang bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s