Gembira

Assalamualaikum w.b.t…

Adakah kalian termasuk dalam golongan orang yang gembira? Moga-moga begitulah hakikatnya.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kegembiraan dan orang yang gembira. Apakah pentingnya gembira ini bagi seorang manusia?

Pernahkah anda mendengar, seorang ibu yang tua tidak bermaya sanggup menjaga anaknya yang menghidap AIDS dengan keadaan tubuhnya sudah seperti ‘mayat hidup’?

Sebabnya, cinta seorang ibu kepada anak daripada kecil sehingga mati. Hasil cinta ini membuahkan kegembiraan dan kepuasan bagi seorang ibu dalam melayani kerenah anak-anaknya.

Mengikut kajian barat, kebanyakan manusia mengejar kegembiraan dalam hidup. Namun, persoalannya, bagaimanakah ingin mendapatkan kegembiraan?

Mengikut kajian, terdapat manusia yang gembira kerana mempunyai rumah selesa, anak yang ramai dan pekerjaan yang baik.

Ada juga yang gembira kerana mempunyai wang dan gembira bila memperoleh wang.

Bagi seorang aktivis, mereka gembira kerana membantu orang. Semakin banyak bantuan yang mereka berikan semakin mereka gembira.

Bagi seorang pelajar, mereka gembira jika mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan memperoleh markah tertinggi dalam kelas ataupun sekolah.

Bagi ahli sukan, mereka gembira jika mendapat pingat dan anugerah hasil usaha mereka yang gigih itu.

Selain itu, mereka yang mempunyai komuniti yang rapat dan saling membantu merupakan komuniti yang gembira. Di Denmark, kualiti social sangat tinggi di sana. Di suatu kawasan terdapat satu rumah yang menghimpunkan 20 buah keluarga dan mereka melakukan aktiviti bersama bermula daripada berbual-bual hinggalah kepada bermain. Mereka merupakan komuniti yang gembira.

Bagi penganut sesuatu agama, mereka gembira jika selesai melakukan tugasan dalam agama mereka.

Satu kajian dibuat mengkaji pengaruh jumlah pendapatan terhadap kegembiraan seseorang. Natijahnya, mereka yang berpendapatan $ 50 000 lebih gembira daripada mereka yang berpendapatan $ 5 000. Tetapi mereka yang mempunyai pendapatan $ 5 000 000 atau lebih tiada apa-apa perbezaan dengan mereka yang berpendapatan $ 50 000. Oleh itu, kesimpulannya, setelah kita mendapat pendapatan yang selesa dengan cukup segala keperluan maka kita sudah tidak memerlukan duit yang lebih daripada itu kerana segala-galanya sudah lengkap.

Namun yang pasti, mereka yang tidak mempunyai kelengkapan asas seperti rumah dan makanan yang sihat maka mereka mempunyai masalah dari sudut kegembiraan.

Orang yang mempunyai ramai insan yang tersayang merupakan orang yang berjaya. Mereka hidup demi orang yang tersayang.

Namun, satu hal yang juga kita perlu ingat bahawa kegembiraan datang dari sikap menerima seseorang dengan seadanya bukan menerima seseorang demi yang lain. Sejauh mana kita menerima seseorang, sejauh itulah kita akan berjaya memperoleh kegembiraan dengannya.

Kesimpulannya, manusia akan gembira jika mereka melakukan semua ini. Ini hal yang pasti. Mereka akan gembira jika mereka mempunyai insan yang tersayang, pekerjaan yang baik, pendapatan yang mencukupi bagi menampung keperluan asas, anak yang sihat dan baik, sifat suka membuat baik, menjadi penganut agama yang baik dan taat kepada suruhan agamanya dll.

Manusia memerlukan semua ini. Bukan satu tetapi semua ini. Islam juga mengajar kita semua ini. Islam mengajar kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat dan jiran tetangga dekat mahupun jauh. Islam mengajar kita memilih rakan yang baik. Islam mengajar kita agar melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Islam mengajar kita menjadi dermawan dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Semuanya telah diajar oleh Islam. Jika, kita menjadi penganut agama Islam yang terbaik maka kita telah beroleh kegembiraan.

Begitu juga kalian yang beragama bukan Islam. Anda akan memperoleh kegembiraan jika anda membuat semua hal ini.

Ayuh, kongsikan pandangan anda tentang kegembiraan! Apa pandangan anda tentang gembira?

Jom download kajian tentang “Happy”. Kredit buat Roko Belic di atas dokumentari yang baik dalam mengertikan “Happy”.

Link download:

http://www.mediafire-movie.com/happy-2011-dvdrip-300mb/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s