Mutiara Ilmu (Bahaqian 1)

Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar kalian? Moga-moga para pembaca setia dalam keadaan sihat dan ceria.

Artikel ringkas ini saya tulis bagi berkongsi himpunan perkara-perkara yang bermanfaat sepanjang kelas saya pada minggu ini.

Pada minggu lepas, saya telah memulakan semester kedua peringkat Sarjana bagi pengkhususan Qawaid Fiqhiyyah Dan Qawaid Usuliyyah.

Pada semester kedua ini, saya akan belajar 8 subjek dengan setiap subjek mengambil masa 2 jam melainkan subjek Tatbiqat Usuliyyah (dari sudut pembentukan bahasa Arab) selama 3 jam.

Jadi, saya akan kongsikan serba sedikit tentang faedah-faedah yang saya perolehi sepanjang pembelajaran pada minggu ini.

Dalam peringkat ilmu, ada 4 peringkat:

Peringkat Pertama: Al-Haqaiq – iaitu sesuatu yang telah terjadi dan wujud di sekeliling kita. Ini adalah peringkat ilmu yang paling tinggi dan perlu diperhatikan masalahnya bagi diselesaikan. Peringkat ini juga dinamakan sebagai An-Nawazil.

Peringkat Kedua: An-Nazariyyat / Teori-teori – pembuktian dengan sesuatu yang ilmiah tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Teori ditakrifkan sebagai sistem pemikiran bagi menerangkan sesuatu perkara.

Peringkat Ketiga: Al-Faradiyyat – Sesuatu yang mungkin terjadi dan mungkin tidak terjadi.

Peringkat Keempat: Al-Auham Wa Takhayyulat ( Rekaan ) – perkara yang di luar hakikat sebenar dan kemampuan. Hal ini tidak perlu dibincangkan dan dikaji kerana natijahnya adalah sia-sia.

Perlu diingatkan bahawa matlamat sesuatu ilmu itu disebarkan adalah bagi diamalkan serta menjadi penyelesaian yang tuntas bagi masyarakat. Ianya bukan sekadar teori yang tidak boleh diaplikasikan atau membawa kesan negatif jika diaplikasikan.

Oleh kerana itu, para ulama’ telah bersepakat bahawa zakat ilmu adalah beramal dengan ilmu tersebut. Ada juga yang berpandangan, zakat ilmu adalah menyebarkannya.

Selain itu juga, para ulama’ telah menegaskan penuntut ilmu menjadi penuntut kepada ilmu bukan hanya sekadar pelajar. Apakah bezanya penuntut ilmu dan pelajar? Penuntut ilmu adalah orang yang boleh menuntut ilmu dalam apa jua keadaan walaupun tanpa bantuan guru. Manakala, pelajar adalah orang yang menuntut hanya dengan bantuan guru. Oleh itu, peringkat universiti merupakan peringkat kita berubah menjadi penuntut ilmu iaitu insan yang berdikari dalam menuntut ilmu dengan pengurusan masa yang baik dan tepat.

Dr. Faruq Hammadah telah menyebutkan kata-kata Imam Abu Bakr Ibn Arabiy yang telah menyatakan tujuan menulis sebarang bahan ilmiah bagi seorang penuntut ilmu hanyalah 2 tujuan sahaja dan tiada tujuan yang lain melainkan ini:

1. Mengasaskan makna

2. Mengasaskan peletakan dan pembinaan

Dan adapun selain daripada 2 tujuan ini maka ia hanyalah ‘penghitaman’ kertas dan mencantikkan dengan perhiasan yang dicuri.

Kesimpulannya, kita perlu menjadi penuntut ilmu yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat dan agama Islam bukannya demi nama, serta kepentingan peribadi.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s