Hukum Balas Kezaliman Dengan Kezaliman

Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai seorang kawan yang berperangai buruk. Suatu hari, dia telah mencuri makanan saya yang saya bawa daripada rumah. Maka, saya balas balik dengan mencuri alat-alat tulisnya sebab dia selalu bermain dalam kelas, jadi mudah saya hendak mencurinya. Betulkah tindakan saya?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. kepada penanya soalan.

Saya kira soalan ini lebih memfokuskan kepada hukum bertindak balas terhadap kezaliman yang dibuat oleh individu lain terhadap kita dengan kezaliman yang setimpal atau dengan cara lain. Oleh itu, segala permasalahan dalam konteks ini boleh merujuk kepada jawapan saya.

Perbuatan membalas balik kezaliman dengan kezaliman adalah sesuatu yang ditegah di dalam Islam. Hal ini telah ditegah oleh Baginda Rasulullah s.a.w. :

عن أبي سعيد سعد بن مالك بن سنان الخدري رضي الله تعالى عنه أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال : (لا ضررَ ولا ضِرارَ ) حديث حسن رواه ابن ماجة والدارقطني وغيرهما مسندا ورواه مالك في الموطإ مرسلا عن عمرو بن يحيى عن أبيه عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم فأسقط أبا سعيد.

Para ulama’ telah berselisih pandangan dalam mengertikan ضررَ dan ضِرارَ.

Sebahagian ulama’ mengertikan bahawa kedua-duanya mempunyai erti yang sama. Rangkap kedua لا ضِرارَ  dalam hadis ini didatangkan sebagai penegasan atau ta’kid kepada rangkap pertama  لا ضررَ .

Manakala, sebahagian yang lain mentakrifkan dengan makna yang berbeza dan ini lebih masyhur. Namun, mereka tetap berbeza pandangan dalam mengertikannya.

Golongan pertama: ضرر diertikan sebagai memberi mudarat kepada orang yang tidak memberi mudarat kepadanya. ضِرار pula diertikan sebagai membalas mudarat kepada orang yang memberi mudarat kepadanya.

Golongan kedua: ضرر diertikan sebagai perbuatan seorang. Manakala ضِرار, sebagai perbuatan berdua.

Golongan ketiga: ضرر diertikan sebagai sesuatu mudarat yang terhasil dengan tidak sengaja dan ضِرار adalah mudarat yang terhasil dengan sengaja atau dengan niat.

Golongan keempat: ضرر diertikan sebagai mudarat kepada orang lain yang memberi manfaat kepada pelakunya manakala ضِرار pula sebagai mudarat yang tidak memberi manfaat kepada pelakunya.

Golongan kelima: ضرر sebagai kata nama dan ضِرار adalah kata kerja.

Hasil daripada permasalahan ini, kita dapat melihat bahawa ulama’ telah bersepakat segala bentuk kemudaratan yang dikenakan ke atas orang lain samada sengaja atau tidak sengaja atau memudaratkan orang lain atau membalas kemudaratan kepada orang yang memudaratkan kita dengan setimpal ataupun yang lebih lagi atau memudaratkan dengan perkara yang memberi manfaat kepada pelaku atau tidak memberi manfaat kepada pelaku. Semua perbuatan ini adalah ditegah oleh syara’.

Mengikut kaedah usul, segala tegahan yang tidak diikat dengan kenyataan lain yang membawa erti makruh maka hukumnya adalah haram.

Walaupun hadis ini bermartabat hasan, namun ia telah mencapai tahap qat’ie berdasarkan kepada hadis-hadis yang lain yang telah menguatkan kedudukan hadis ini serta makna-makna yang jelas daripada hukum-hakam syarie yang jelas ingin menjaga kemudaratan daripada terkena ke atas individu muslim.

Selain itu, terdapat hadis lain yang jelas menunjukkan mereka yang dizalimi agar bersabar dan dibalas dengan ganjaran yang banyak.

عن أبي سعيد وأبي هريرة أنهما سمعا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول : ‘ ما يصيب المؤمن من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتى الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته ‘رواه مسلم.

Daripada Abu Said dan Abu Hurairah telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. : “Tidaklah menimpa seorang mu’min daripada kesakitan, keletihan, keperitan (menanggung kesakitan) , kesedihan sehinggalah kerisauan yang merisaukannya melainkan dihapuskan dengannya segala keburukannya” Hadis riwayat Muslim.

Oleh itu, perkara yang terbaik yang perlu dilakukan oleh orang yang teraniaya adalah bersabar dengan kezaliman tersebut ataupun mengadu kepada pihak yang lebih berkuasa samada guru disiplin bagi peringkat sekolah ataupun pihak polis bagi peringkat masyarakat. Segala urusan hukuman dan pengadilan perlulah diserahkan kepada pihak yang mempunyai authority bagi mengelakkan perkara yang lebih keruh berlaku.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s