Sangkaan Yang Tidak Tepat Dalam Bid’ah (Bahagian 3)

Assalamualaikum w.b.t…

Sekali lagi kita bertemu di ruangan perbincangan bid’ah. Mungkin ada rakan-rakan pembaca tertanya-tanya, kenapa saya begitu tertarik dengan tajuk ini? Adakah saya ingin berdebat dengan memenangkan satu-satu pihak?

Secara terus terang saya ingin mengatakan bahawa dalam artikel yang saya bakal teruskan ini, saya akan bersikap adil dan saksama terhadap para pembaca yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pemikiran dan pemahaman. Saya beranggapan, perkara yang menjadi isu bid’ah pada hari ini yang seterusnya membawa kepada kafir mengkafir ini sebenarnya dapat dielakkan jika kita mengetahui titik tolak masalah yang sebenar. Kesabaran diperlukan terutamanya buat anak-anak muda dan pelajar ilmu agama yang baru hendak bertatih dalam dunia cendikiawan. Bersabar memahami hujjah-hujjah para ulama dan dalam hal-hal yang lain. Bersabar dan berlapang dadalah!

 

“Perkara Yang Ditinggalkan Memberi Erti Haram”

Saya teruskan dengan tajuk yang menarik dan menjadi polemik bagi sesetengah pembahas dalam isu bid’ah ini. Ada sesetengah mereka yang tergolong dalam kumpulan ketiga sebagaimana yang dibincangkan pada edisi yang lepas bahawa segala perkara bid’ah adalah haram. Mereka berhujjahkan bahawa segala perkara yang tidak dilakukan oleh baginda Nabi s.a.w., para sahabat r.a.h. dan para salafusoleh r.h.m. adalah bid’ah yang haram kerana mereka berhujjah bahawa jika mereka melihat pada amalan yang diadakan itu adanya kebaikan tentunya mereka akan melakukannya dan mendahului kita dalam hal ini.

Hasil daripada ini, mereka seolah-olah telah mengeluarkan satu kaedah usul yang baru iaitu “perkara yang ditinggalkan  memberi erti haram”. Walhal, kaedah usul yang sedia ada hanyalah “tegahan memberi erti haram” jika tegahan tersebut tiada qarinah lain yang mengatakannya makruh.

Maka, ada sekolompok dikalangan mereka menjawab bahawa lawan bagi kaedah “Perkara yang ditinggalkan memberi erti haram” iaitu “ Perkara yang ditinggalkan tidak memberi erti haram” pada perkara-perkara adat sahaja tanpa melibatkan ibadat. Mereka berhujjahkan dengan kaedah dalam perkara adat “Asal sesuatu perkara adalah harus”.

Namun, jawapan ini jelas bertentangan dengan realitinya. Jika dibuat pengkajian yang meluas dan teliti, kita mendapati bahawa perkara-perkara baru dalam agama juga berlaku pada zaman sahabat r.a.h. lagi. Seterusnya berterusan sehingga ke hari ini. Maka, dakwaan ini tidak tepat.

Perbezaan Antara Sunnah Tarkiyyah Dan Perkara Yang Ditinggalkan

Perlulah kita sebagai umat Islam memahami antara Sunnah Tarkiyyah dan Perkara Yang Ditinggalkan. Sunnah Tarkiyyah perlulah ditinggalkan sebagai mengikut ikutan Nabi s.a.w. yang baginda s.a.w. sengaja pada meninggalkannya. Manakala pada perkara yang tidak disengajakan maka perkara tersebut tidak termasuk dalam Sunnah Tarkiyah. Maka perkara yang ditinggalkan tanpa disengajakan adalah perkara yang tidak dilibat di dalam perbincangan Sunnah Tarkiyyah.

Maka, isu pada hari ini yang dibincangkan oleh umat Islam tentang Maulid Nabi s.a.w., perayaan khatam al-quran dan sebagainya bukan termasuk dalam Sunnah Tarkiyyah kerana Nabi s.a.w. bukan sengaja dalam meninggalkannya. Maka, jika mereka berdalilkan dengan hujjah Nabi s.a.w. tidak melakukannya maka hujjah tersebut adalah silap dan salah.

Sunnah Tarkiyyah Nabi s.a.w. ada meliputi perkara wajib ditinggalkan, sunnah ditinggalkan, harus ditinggalkan dan perkara makruh ditinggalkan. Manakala, dalam perkara haram ditinggalkan maka Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukannya dan pastinya hukum meninggalkannya adalah jelas.

Antara Sunnah Tarkiyyah Nabi s.a.w. yang wajib ditinggalkan adalah Nabi s.a.w. meninggalakn memakan himar yang liar yang diburu oleh As-So’b Ibn Juthamah /Jathamah r.a. yang dihadiahkan kepada baginda s.a.w. dengan sabda baginda s.a.w. : “أَمَا إِنَّا لَمْ نَرُدَّهُ عَلَيْكَ إِلَّا أَنَّا حُرُمٌ

Terjemahan: “Adapun sesungguhnya kami tidak menolaknya melainkan kami dalam keadaan ihram”. Riwayat Bukhari, Musliam, Ahmad dan An-Nasaie.

Imam Bukhari telah meletakkan hadis ini di dalam tajuk : “Jika dihadiahkan kepada orang yang berihram himar liar yang hidup maka ditolak pemberian itu”.

Namun, masalah ini khilaf. Boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh.

Seterusnya, Sunnah Tarkiyyah yang harus ditinggalakan sebagaimana Nabi s.a.w. meninggalkan memakan daging dhob (biawak padang pasir).

Begitulah secara ringkas tentang Sunnah Tarkiyyah yang secara jelas baginda Nabi s.a.w. meninggalkannya dengan sengaja dan ada hikmah padanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s