Ta’rif Bid’ah (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.b.t…

Pada minggu lepas kita telah membincangkan tentang manhaj ulama dalam berta’mul dengan perkara-perkara baru. Maka secara umunya ada 2 kelompok. Pada kali ini, saya bercadang ingin mengupas satu lagi perbezaan yang ada dalam pengertian bid’ah. Perbezaan ini berlaku daripada sudut bahasa. Setelah dilihat pada sudut bahasa ini kita akan mendapati bahawa sebenarnya ada 3 kelompok.

Apa itu Bid’ah?

Bid’ah daripada sudut bahasa bererti setiap sesuatu yang pertama kali diciptakan yang tidak menyerupai sebelumnya samada berkaitan dengan urusan agama mahupun urusan dunia. Oleh itu, para ulama bersepakat bahawa bid’ah daripada sudut bahasa ini samada bid’ah yang baik mahupun bid’ah buruk  meliputi hukum lima iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Manakala bid’ah daripada sudut istilah bererti setiap perkara yang diciptakan yang menyalahi asas-asas agama dan berlawanan dengan nas-nas serta berkaitan dengan urusan agama sahaja.

Imam Syatibi telah menta’rifkan bid’ah dalam kitabnya; Al I’tishom sebagai suatu cara dalam agama yang diciptakan yang menyerupai syariah yang bertujuan berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t.

Para ulama’ telah berbeza pandangan dalam menta’rifkan bid’ah kerana manhaj mereka dalam berta’amul dengan perkara bid’ah ini. Terdapat 3 manhaj utama setelah diteliti daripada sudut bahasa.

Golongan Pertama: Perkara-perkara baru dalam agama diklasifikasikan sebagai suatu perkara terpuji dan keji. Maka, kaedah mengetahuinya adalah dengan ijtihad dan pencarian dilalah nusus dan isyaratnya tentang perkara baru ini. Hal ini juga boleh diketahui melalui qiyas (persamaan).

Golongan Kedua: Perkara-perkara baru dalam agama yang ada ditunjukkan daripada nas dalam bentuk umum, isyarat atau kiasan maka tidak dinamakan sebagai bid’ah sebaliknya dihukumkan dengan hukum yang sesuai mengikut syariah.

Golongan Ketiga: Semua perkara baru yang tiada pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat serta salaf soleh r.h.m. maka semuanya adalah bid’ah yang menyesatkan. Maka bid’ah pada pandangan mereka adalah haram sahaja.

Oleh itu, perbezaan kelompok pertama dan kedua adalah perbezaan lafaz bukan perbezaan hakiki. Mereka berbeza pada menggunakan istilah bid’ah pada perkara yang baru. Kedua-duanya menganggap bahawa perkara bid’ah terdapat bid’ah yang terpuji dan bid’ah yang keji serta setiap bid’ah ini mempunyai hukumnya masing-masing. Golongan pertama menerima pakai istilah bid’ah pada bahasa sahaja bukan pada syara’ kerana bid’ah pada syara’ hukumnya hanyalah satu iaitu haram. Manakala golongan kedua tidak mengaku perkara tersebut sebagai bid’ah sebaliknya menerima sebagai suatu syariat daripada Islam. Maka, perbezaan ini pada pengistilahan sahaja bukan pada penerimaannya.

Manakala perbezaan golongan pertama dan kedua dengan golongan ketiga adalah perbezaan hakiki yang sifatnya berlawanan antara satu sama lain. Golongan ketiga tidak menerimanya sebagai sesuatu daripada agama bahkan haram melakukannya. Maka, golongan ketiga ini menggunakan bid’ah pada maksud syara’ sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s