Pengertian Bid’ah (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.b.t…

Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengertian bid’ah.

Perbincangan dan perbezaan pandangan di kalangan cendikiawan Islam tentang bid’ah sangat masyhur. Malah, inilah antara punca berpecahnya umat Islam kepada pelbagai puak dan golongan mengikut tafsiran mereka terhadap bid’ah.

Penulisan saya ini merujuk kepada sebuah buku yang menarik dan pertengahan daripada sudut perdebatannya. Buku yang saya maksudkan adalah “Mafhum Al-Bid’ah Wa Atharuhu Fi Idthirabi Al-Fatawa Al-Mu’athirah”  oleh Dr. Abd. Ilah Bin Husain Al-Arfaj ( terjemahannya: Pengertian Bid’ah Dan Kesannya Pada Kecelaruan Fatwa-Fatwa Semasa).

Saya kira, antara sebab kenapa pengarang menggunakan uslub yang berpada-pada dalam perdebatan kerana masalah ini adalah khilafiyyah (perbezaan) yang muktabar (diiktiraf dalam syara’). Maksud pengarang juga bukanlah ingin memenangkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada memahamkan kita (orang awam dan penuntut ilmu) tentang pemahaman ulama’ dalam masalah khilafiyyah ini. Maka, saya syorkan rakan-rakan pembaca membaca buku ini daripada kulit ke kulit (baca sampai habis).

Perbezaan Manhaj Ulama’ Dalam Berinteraksi Dengan Perkara Baru

Terdapat 2 manhaj ulama dalam berinteraksi dengan perkara-perkara yang baru diamalkan samada pada zaman kini mahupun pada zaman para sahabat r.a.h. Antara manhaj tersebut:

Kumpulan Pertama: Setiap perkara baru dalam agama terdapat hukum yang sesuai dengannya. Mereka berhujjahkan kepada manhaj Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.h. dalam menangani perkara-perkara ini. Mereka menerima sebahagian perkara-perkara tersebut dan menolak sebahagian yang lain. Mereka juga berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam An-Nasaie, Imam At-Tirmizi dan Imam Ibnu Majah.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ.

Maksudnya: Raslullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang telah membuat dalam Islam suatu ikutan yang baik maka diamalkannya selepasnya (selepas perbuatannya) maka dituliskan baginya ganjaran orang yang melakukannya dan tidak dikurangkan sedikitpun ganjara mereka itu, dan barangsiapa yang melakukan dalam Islam suatu ikutan yang buruk maka diamalkannya selepasnya ( selepas perbuatannya) maka ditulis baginya seperti ganjaran orang yang melakukannya dan tidak dikurangkan sedikitpun daripada ganjarannya”.

Kumpulan Kedua: Setiap perkara baru dalam agama adalah bid’ah yang sesat. Mereka berhujjahkan 2 hadis Nabi s.a.w. yang masyhur. Hadis pertama diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Nasaie, Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan Imam Hakim r.h.m.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ )).

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Dan seburuk-buruk perkara perkara yang baru (dalam perkara agama), setiap perkara baru adalah bid’ah, setiap perkara bid’ah adalah sesat dan setiap perkara yang sesat maka tempatnya adalah di dalam neraka”.

Hadis kedua diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )).

وفي رواية مسلم: (( مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرنَا فَهُوَ رَدٌّ ))

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (urusan agama Islam) yang bukan daripada agama Islam maka perkara itu tertolak”.

Dalam riwayat Imam Muslim r.h.: “Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tiada baginya urusan kami maka perkara itu tertolak”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s