Hampirkan diri anda kepada bidang yang diminati!

Assalamualaikum w.b.t…

Kali ini, saya ingin berbicara tentang satu teori mudah untuk berjaya dalam apa jua bidang. Biar betul, dalam apa jua bidang? Ye, tips untuk apa jua bidang yang kalian ceburi.

Apakah dia?

Hampirkan diri anda kepada bidang yang diminati!

Dewasa ini, segala teknologi dan kemudahan telah menghampirkan kita kepada sumbernya. Komputer dan internet telah mendekatkan kita dengan jutaan maklumat yang tidak tergambar oleh kita sebelum ini. Telefon telah menghubungkan dengan orang yang kita sayangi dan hajatkan. Kesimpulannya, teknologi telah mendekatkan kita kepada segala-galanya.

Peluang yang ada terbahagi kepada tiga. Pertama, peluang yang ada di depan mata. Kedua, peluang yang berada jauh daripada pandangan kita. Ketiga, peluang yang perlu diciptakan.

Saya berpandangan, peluang yang jenis kedualah yang banyak terdapat di sekeliling manusia. Peluang yang jauh daripada pandangan. Peluang sebegini perlu dikejar dan perlu diusahakan untuk mendapatkannya.

Ramai yang berjaya kerana berjaya merebut peluang-peluang sebegini. Iaitu peluang yang tidak dihidangkan di depan mata. Peluang yang perlu dicari dan didekatkan dengan kita.

Namun, ramai juga yang gagal dek takutkan bayang-bayang sendiri, malas berusaha dan tidak tahu menguruskan cita-citanya.

Jadi, tip paling senang adalah, hampirkan diri anda kepada peluang dan sumber!

Bagaimana caranya?

Saya ambil satu contoh, anda meminati berniaga tetapi tidak tahu bagaimana hendak berniaga. Tidak tahu dimana sumbernya untuk mendapatkan modal, bekalan dan maklumat. Apa yang anda perlu dilakukan mengikut tips ini, anda hanya perlu dekatkan kepada penyelesaian-penyelesaian yang ada.

Mulakan terlebih dahulu dengan berniaga di bawah orang lain. Ambil maklumat. Fahamkan kerenah dan selok belok perniagaan.

Setelah merasakan diri mempunyai maklumat yang cukup serta modal yang ‘mampu niaga’, maka mulalah bina perniagaan sendiri. Dapatkan premis perniagaan, cari produk untuk diniagakan serta cari pelanggan.

Jadi, point saya di sini ialah dekatkan diri anda sehampir mungkin kepada bidang yang diminati. Belajar daripada orang-orang yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Ambil pengajaran dan tauladan daripada pengalaman-pengalaman orang lalu.

Sekadar itu sahaja buat kali ini. Jumpa lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s