Habis Exam Habis Belajar!

Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar sidang pembaca blog saya? Moga-moga dalam keadaan sihat dan ceria senantiasa.

Tujuan artikel kali ini ingin merungkaikan beberapa persoalan yang biasa timbul berkenaan dengan exam atau peperiksaan mengikut persepsi saya sendiri.

Exam telah menjadi sesuatu yang ditakuti sekarang ini oleh para pelajar. Betul tak? Gejala belajar ketika hampir exam sudah menjadi satu kebiasaan. Ada exam ada belajar. Tiada exam tiada belajar. Seolah-olah inilah slogan para pelajar pada hari ini.

Kenapa kita tidak mampu belajar dalam apa jua keadaan, walaupun dekat dengan exam ataupun lambat lagi hendak menghadapi exam? Tiadakah amalan belajar daripada buaian hingga ke liang lahad?

Saya lihat, permasalahan ini berkait rapat dengan mindset. Mindset kita perlu dibetulkan. Bukan silibus, bukan guru dan juga bukan sekolah. Di mana sahaja kita berada dan dalam apa jua keadaan kita mampu berjaya dan kita pasti berjaya kalau kita berjaya mengawal mindset kita. Cuba renung-renungkan, apakah mindset kita tentang belajar dan exam? Mana yang lebih penting, exam atau belajar?

Kebanyakan belajar kerana exam bukan kerana sifat ingin tahu dan ingin memperdalamkan ilmu yang sedia ada dalam sesuatu bidang. Ini yang saya pelajari dalam peringkat sarjana. Di peringkat sarjana, saya diajar oleh para guru untuk menjadi pakar atau orang yang mendalami dalam sesuatu bidang ilmu.

Namun, semuanya ini perlu kepada sifat kesungguhan yang tinggi serta disiplin yang keras bagi berjaya melakukannya. Ada yang berpendapat, exam tak penting. Exam hanyalah perosak kepada dunia ilmu. Kata mereka-mereka yang tidak setuju dengan sistem peperiksaan. Betulkah begitu?

Baik! Belajar penting dan exam pun penting. Kerana dengan exam, kita telah meletakkan diri kita di dalam keadaan tekanan. Tekanan yang sihat boleh memberikan kejayaan dan kualiti kerja yang lebih optimum. Apa yang dimaksudkan dengan tekanan sihat? Ada juga ke tekanan tak sihat? (macam orang sakit pula ni)

Maksud saya, tekanan yang berada di bawah kawalan seseorang. Bukan tekanan yang di luar kawalan sehingga kita tidak mampu berbuat apa-apa. Ini yang saya maksudkan. Buktinya, cuba lihat bila anda berada di dalam dewan peperiksaan, berapa helai karangan anda dapat buat dalam tempoh masa 2 jam? 4 helai atau lebih? Pernah cuba menulis apa-apa artikel dan anda tak mampu nak hasilakn artikel lebih daripada 2 helai walaupun sudah memerah otak selama sehari? Ini yang dinamakan tekanan sihat menghasilakn kualiti kerja yang optimum.

Ayuh, bina tekanan dalam kawalan! Bagaimana? Letakkan target setiap hari yang mesti dicapai dan pastikan mesti digapai. Berikan hukuman pada diri jika gagal dan bagi hadiah kepada diri jika berjaya.

Ok. Setakat itu sahaja dulu. Jumpa lagi! Semoga bermanfaat.

Ar-Razi

Teratak Nasyatilla, Fes, Maghribi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s