Kembara Ke Kota Paris Bahagian 3

(Gambar Paris di waktu malam)

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ruang dan waktu untuk melengkapkan ibrah perjalanan ke Kota Paris.

Sepanjang saya berada di Paris, saya dapat belajar sesuatu yang sangat penting iaitu perancangan dalam kembara dapat menjimatkan kewangan anda. Memang benar. Kembara Eropah secara umumnya perlukan kepada perancangan awal. Perancangan yang saya maksudkan di sini ialah pembelian tiket secara online samada tiket kapal terbang, tempat penginapan, tiket bas dan lain-lain lagi. Pembelian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum bercuti.

Dalam banyak-banyak pengajaran yang saya dapat, pengajaran ini sangat mencuit hati saya iaitu kesusahan beragama di negara-negara Barat. Bagi sesetengah orang, kesusahan yang mempraktikkan agama bukan menjadi isu dalam kehidupan harian. Namun, bagi saya yang berada di sebuah negara Islam; Maghribi, menjadikan saya memilih negara yang boleh mempraktikkan agama secara bebas sebagai satu prioriti dalam pemilihan tempat belajar. Hal ini kerana kita kekurangan sumber-sumber kekuatan rohani. Itu hanya pandangan saya yang hanya menetap dalam tempoh yang singkat. Mungkin mereka lebih mengetahuinya.

Selain itu juga, saya ingin sekali lagi menekankan kepada para pengembara supaya menekankan masa yang melibatkan pembelian dan juga penantian pengangkutan awam. Semasa kembara, kami lewat sampai bagi membeli tiket bas ke airport pada malam akhir kami di Paris. Kelewatan tersebut menyebabkan kami merasa tidur di kawasan parking di tempat menunggu bas tersebut. Bayangkan kawan-kawan, tidur di tempat parking bas yang kosong serta pada musim sejuk bukanlah satu pilihan yang bijak. Namun, apakan daya, inilah nasib kami dan juga pelajaran bagi kami. Malam itu pula, hujan turun selepas hampir sejam kami tidur di situ. Maka berpindahlah ke kawasan kaki lima Hotel Concorde. Mujurlah malam itu bukan malam hari khamis. Kalau tidak kami tentu tidak dapat berteduh di situ kerana di situ adalah tempat disko sebenarnya. Hanya dibuka pada malam hari khamis sahaja; malam berhibur bagi orang Perancis.

Baik! Saya kira itulah sahaja pengajaran yang ingin saya sampaikan kepada rakan-rakan pembaca. Diharapkan dapat memberi panduan kepada para pengembara ke benua Eropah.

Jumpa lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s