10 Buku Bisnes Terbaik Bahagian 2

Assalamualaikum w.b.t…

Saya teruskan sambungan kepada tajuk ini. Semalam saya telah postkan 5 buah buku. Saya harap para pembaca dapat memanfaatkannya dalam bidang keusahawanan.

6. Built to Last

Penulis : Jim Collins

Adalah strategi bagaimana sesebuah perniagaan tersebut boleh kekal dan boleh diwariskan.

Saya belum menjumpai link untuk download buku ini. Namun, kepada sesiapa yang ingin membaca tulisan Jim Collins boleh baca di sini:

http://ebookbrowse.com/jim-collin-built-to-last-pdf-d19214467

7. Rich Dad Poor Dad

Penulis : Robert Kiyokasi

Ini adalah buku yang memberi pemahaman tentang diri saya sendiri (penulis artikel asal – Muzammil). Setelah 5 tahun berniaga, saya masih belum mempunyai aset yang kukuh. Saya kurang memahami sumber pendapatan dan juga bagaimana berbelanja. Buku ini merupakan permulaan dimana saya mula membina aset seperti tanah dan rumah.

ps : Tidak kira sama ada anda berniaga atau makan gaji. Ia bukan sebanyak mana pendapatan anda, ia adalah sebanyak mana anda simpan dan bagaimana wang tersebut menghasilkan lebih banyak wang. Cadangan buku susulan adalah Guide to Investing juga oleh penulis yang sama.

Link bagi buku ini:

http://mediafirecatalog.com/threads/562-Richdadpoordad

Ringkasan buku ini dalam Bahasa Arab:

http://www.4shared.com/document/3TrAQLUr/rich_dad_poor_dad.html?aff=7637829

Bagi yang berminat mendegar melalui video tentang buku ini, sila tonton di sini:

http://www.youtube.com/watch?v=-D6zaMsZF6E

8. Art of War

Penulis : Sun Tzu

Pendekatan bisnes yang klasik yang diadaptasi dari peperangan. Memang hebat, saya juga baru sedang bahawa perniagaan adalah suatu peperangan. Dan ia adalah peperangan yang mesti dimenangi. Penulis memang benar-benar dapat menggariskan kualiti yang perlu ada ibarat seorang jeneral mengetuai peperangan.

Link download buku ini:

http://www.puppetpress.com/…/ArtofWarbySunTzu.pdf

Link untuk download ringkasan buku ini:

www.artofwarsuntzu.com/Art%20of%20War%20

9. Think and Grow Rich

Penulis : Napoleon Hill

Buku ini pun telah berpuluh tahun berada dipasaran. Buku ini adalah bagaimana kita dapat mengawal pemikiran kita untuk mempercayai bahawa apa yang kita inginkan memang boleh dicapai. Ini adalah permainan minda. Bukan hanya untuk kekayaan tetapi juga kejayaan.

Yang saya paling ingat : Whatever your mind can conceived, it can be achieved. (Apa juga yang minda boleh fikirkan, ia boleh dicapai)

Link untuk download:

harprit-singh.com/download/ThinkandGrowRich.pdf

10. Creative Genius

Penulis : Peter Firsk

Buku ini saya baru selesai baca beberapa bulan lepas dan ia benar-benar menjasikan saya lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapan. Buku ini dapat memberi gambaran tentang masa depan bukan hanya tentang teknologi tetapi juga bentuk perniagaan di masa hadapan. Dahulu jawatan seperti web developer, network security officer tidak pernah ada. Tetapi dimasa hadapan, pelbagai bentuk perniagaan baru dan inovasi terkini menjadikan peralihan perubahan dalam perniagaan.

Dahulu orang sibuk bercerita tentang Google, tetapi sekarang sosial media mengubah banyak perkara.

Belum dijumpai link bagi mendownload buku ini.

Kepada rakan-rakan pembaca yang ada maklumat tambahan sila masukkan di rungan komen demi manfaat bersama.

Ulasan saya, dunia perniagaan merupakan dunia strategi, dunia komunikasi dan dunia teknologi, selain daripada dunia wang. Kenapa dinamakan dunia strategi kerana tanpa strategi yang betul anda akan muflis dan gagal dalam perniagaan. Tanpa teknologi anda mungkin tidak sampai ke tempat yanag sepatutnya anda capai dan tanpa komunikasi anda akan menjadi hampa dan lemah dalam perniagaan. Maka ketiga-tiga hal ini sangat penting ditingkatkan bagi seorang peniaga selain mendapatkan produk yang berkualiti.

Sepanjang pengalaman berniaga secara kecil-kecilan dalam komuniti pelajar saya mendapati ketiga-tiga aspek ini penting. Ia penentu kejayaan kita dalam perniagaan. Oleh itu, bahan bacaan dapat membantu mempertajamkan lagi kemahiran-kemahiran kita khususnya dalam tiga kemahiran ini.

Selamat Membaca.

Jumpa lagi!

One thought on “10 Buku Bisnes Terbaik Bahagian 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s