Pesan Buat Sahabat


Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar kalian semua? Semoga Allah s.w.t. memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat kita, keluarga kita dan seluruh umat Islam.

Sekarang ini terdapat rakan-rakan mahasiswa Malaysia yang berada di Maghribi akan pulang setelah mendapat segulung ijazah.

Oleh itu, saya ingin sampaikan sedikit pesanan buat mereka. Semoga memberi sedikit inspirasi di tanah air nanti.

Wahai sahabat,

Sudah tiba masanya kita berpisah. Suatu ketika dahulu kita pernah bersama di medan ilmu. Namun, perjuangan ini tidak boleh berakhir dan perlu diteruskan.

Lihatlah masyarakat di luar sana. Jenguklah keadaan mereka. Intailah situasi mereka melalui “skrin teknologi” yang ada. Sesungguhnya mereka memerlukan kita; pejuang-pejuang ilmu.

Jangan biarkan walaupun sesaat kita berada di lembah pengangguran kerana alasan itu dan ini. Sampai saja, terus berbakti kepada masyarakat.

Rancang dan atur strategi bagi memperbaiki masyarakat ke arah lebih baik. Bergerak bersama masyarakat.

Cipta peluang, intai peluang dan inspirasikan peluang. Rebut peluang tersebut dan jangan bertangguh-tangguh lagi kerna peluang tak menjanjikan tempoh keberadaannya.

Kita perlu memulakan pembinaan generasi cemerlang demi meninggalkan generasi gemilang dan terbilang. Semoga Allah memudahkan segala-galanya.

Semoga bertemu di tanah air.

Sahabat-sahabatku.

Ar-Razi

Fes, Maghribi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s