Biar Betul Dan Tepat

 

(kredit foto buat in.bestpicturesof.com)

Masih teringat perbualan saya bersama seorang rakan pada pagi Jumaat yang penuh bermakna dan membenihkan semangat luar biasa untuk berbakti kepada umat Islam.

Rakan saya bukanlah orang tempatan Maghribi tetapi berasal daripada Ivory Coast dan belajar di Maghribi.

Beliau menceritakan keresahan beliau tentang umat Islam dan permasalahan yang berlaku di dalam negara-negara Islam. Beliau menggambarkan masalah itu sesuatu yang besar  dengan penyelesaiannya hanya kembali kepada tarbiah Islam sahaja.

Lalu, beliau bertanya pandangan saya. Saya berkata: “Kita perlu melihat masalah mengikut kemampuan kita. Kita hanyalah pelajar. Mana mungkin kita boleh mengubah sistem pendidikan yang ada sekarang ini. Siapa kita? Kita hanyalah pelajar!”

Beliau agak terkejut dengan pandangan saya. Namun, saya memanjangkan hujah saya dengan berkata: “Seeloknya kita berbicara tentang apa pelaksanaannya yang kita boleh buat pada hari ini, esok dan seterusnya. Bukan bercakap tentang perkara yang kita tidak tahu bila kita mampu mengubahnya”.

Akhirnya, beliau mengiyakan pandangan saya. Bukan niat untuk menang dalam berdebat. Tapi bosan mendengar perkara yang tidak mampu dilakukan. Seolah-olah tiada makna semuanya.

Fenomena anak muda yang dahagakan perubahan semakin ramai, namun tidak semua realistik dengan apa yang diungkapkan.

Semuanya cuba bercakap apa yang betul. Namun, tidak semua berusaha mencari ketepatan dalam perkara yang betul. Malas berfikir mencari resolusi yang tepat. Sebaliknya, sibuk bercakap tentang benda yang betul sahaja.

Ketepatan dan realistic yang kita perlukan zaman kini. Kenapa? Kerana kita perlu bergerak bukan berangan-angan.

“Aku inginkan sebuah Daulah Islamiyyah” kata Ali kepada rakannya.

“Bila aku menjadi Perdana Menteri, aku dah tak nak tengok orang-orang perempuan tak pakai tudung di tengah-tengah jalan” kata YB Umar kepada para penyokongnya.

“Kita perlu kembali kepada ajaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w.” kata Ustaz Zakaria kepada para pendengar kuliahnya.

Semuanya bercakap tentang perkara yang betul. Tapi dimanakah resolusinya? Di manakah tindakannya?

Ayuhlah, kita bertindak! Perlu realistik dalam segala tindak tanduk kita. Fikirkan kesan dan kualiti daripada kuantiti.

Jumpa lagi

Ar-Razi

Fes.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s