Suatu hari, ada seorang pemotong kayu. Pada mulanya, dia bekerja sendiri tetapi akhirnya dia mendapat pekerjaan dengan seorang saudagar kayu. Upahnya cukup lumayan, maka si pemotong kayu pun berazamlah hendak bekerja dengan sebaik-baiknya.
Pada hari pertama, saudagar memberinya sebilah kapak dan menunjukkan tempat dia bekerja. Si pemotong kayu terus bekerja dengan gigihnya hingga dia dapat menumbangkan sebanyak 18 batang pokok.
Saudagar berasa sangat bangga dan berkata: “ Bagus, teruskan begitu,”. Terdorong oleh kata-kata-kata perangsang saudagar, si pemotong kayu pun cuba bekerja lebih pantas dan berkualiti. Tetapi apabila hari berakhir, dia hanya mampu menebang 15 batang pokok.
Pada hari ketiga, dia berusaha lebih gigih lagi, namun dia hanya mampu tumbangkan 10 batang pokok. Hari demi hari jumlah pokok yang mampu ditumbangkannya semakin kurang dan semakin kurang.
“Tentu aku sudah kehabisan tenaga,” fikir si pemotong kayu. Lalu,berjumpalah dia dengan saudagar kayu untuk meminta maaf kerana gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, sebaliknya prestasi yang ditunjukkan amat mengecewakan.
“ Bila kali terakhir kamu mengasah kapak kamu?” Tanya saudagar itu.
“Asah?” Ternaik kening si pemotong kayu.
“ Saya tak ada masa nak mengasah kapak saya. Saya terlalu sibuk menebang.”
Kisah ini dipetik daripada buku berjudul “ Motivasi Minda Membina Jati Diri Gemilang” oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.
Baik, apa yang anda dapat perhatikan daripada kisah ini?
Setelah saya membaca kisah ini, saya ingin katakan “ Don’t work hard but work smart”. Dalam dunia yang serba canggih dan mencabar pada hari ini, kita kena banyak bergerak dengan smart dan bijak. Kita perlu smart memanipulasi masa 24 jam sehari bagi mengetahui perkembangan semasa. Kita perlu smart memanipulasi tenaga bagi melakukan banyak kerja. Kita perlu smart memanipulasi kelebihan yang kita ada bagi menjadikannya satu kelebihan tersendiri daripada orang lain. Kesimpulannya kita perlu smart dan mesti mahu bersmart dalam semua keadaan.
Selain itu, potensi diri perlu diasah dan digilap bagi menjadikan kita mampu berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar dalam bidang ilmu atau kerja tersebut. Setiap orang mempunyai potensi di dalam diri. Namun, potensi sahaja tidak cukup dan tidak mampu menarik orang dan menjadikan orang mengenali diri kita.
Ok, jumpa lagi.