Kupasan Kitab

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Salam Ceria dan Salam Hormat kepada sidang pembaca… Semoga anda semua dalam keadaan baik dan ceria…

Pernahkah anda jatuh cinta dan berazam  ingin menuju ke arah sebuah rumah tangga yang bahagia dengan cinta tersebut? Pernahkah anda bercita-cita ingin menjadi seorang ayah yang terbaik kepada anaknya? Pernahkah anda berangan-angan memiliki keluarga, pada saat kematian anda, mereka merasa cukup kehilangan dan kerinduan kepada anda?

Saya yakin dan percaya, kita berazam atau cuba ke arah itu. Namun begitu, suri teladan daripada individu lain amatlah diperlukan bagi memudahkan anda mengarahkan minda anda ke matlamat tersebut. Jadi, saya ingin mengesyorkan anda membaca sebuah buku yang berjudul “ Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna”.

Buku kecil dan ringkas ini penuh sarat dengan panduan yang berharga ke arah membina keluarga yang bahagia. Buku yang dikisahkan dalam bentuk cerpen ringkas serta ditambah dengan huraian penulis amat memudahkan pemahaman pembaca.

Keluarga bahagia Hassan Al-Banna dimulakan dengan peranan ibu bapa dalam membentuk keluarganya. Ibu dan bapa Hassal Al-Banna merupakan seorang yang sangat patuh kepada agama serta sibuk dengan perbahasan-perbahasan agama. Dalam waktu yang sama, beliau juga menggalakkan Hassan Al-Banna dan adik beradiknya turut serta dalam menuntut ilmu. Ayahnya selalu membawanya ke majlis-majlis ilmu.

Pada peringkat seterusnya ialah peringkat pemilihan jodoh bagi Hassan Al-Banna. Siapakah gerangannya? Adakah mahasiswi lulusan Azhar atau Azhariah memandangkan ayah Hassan Al-Banna merupakan ahli alumnai Universiti Al-Azhar? Ternyata tidak, pilihan Hassan Al-Banna r.h bukan terletak pada sijil tetapi pada al-quran. Kelunakan suara dalam membaca al-quran dan suasana yang baik dalam pembentukan dirinya merupakan ciri pilihan Hasan Al-Banna r.h.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja, malah Hassan Al-Banna r.h merupakan ayah yang paling kreatif dan inovatif ( eh! macam slogan presiden kita plak ). Masa yang sibuk bukanlah penghalang bagi dirinya untuk bersama dengan anak-anak. Setiap hari disediakan waktu bersama dengan anak-anak.

Makan bersama-sama, bersiar bersama-sama, duduk bersembang bersama-sama dll. Bak kata orang macam keluarga biasa yang lain bahkan lebih lagi. Malah, beliau mencatit segala perkembangan anak-anaknya bermula dari kecil sehinggalah ke remaja (sebab As-Syahid r.h tidak sempat melihat anaknya membesar) dalam segenap aspek samada pengajian, kesihatan dan kewangan.

Cuba lihat, wahai sahabat dan sahabiah! Mampukah kita melakukan seperti ini? Demi keluarga bahagia, kita mesti katakan “Mampu”.

Untuk download buku ini, klik sini:

http://www.4shared.com/file/65871066/9c5b9ffe/Cinta_di_Rumah_Hasan_Al_Banna.html.

Selamat Membaca!

Wassalamualaikum…

 

Hadis Hari Ini

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان.                                                                                                                                                                                                             (رواه مسلم

Maksudnya:  “ Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, maka jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya, maka jika tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”.                                                                                                                                                                 ( Riwayat Muslim)

2 thoughts on “Kupasan Kitab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s