Perpustakaan Hadis 4

Assalamualaikum…

Tajuk “Gambaran Umum Ilmu Hadis” adalah tajuk pada hari ini. Ilmu hadis terdiri daripada ilmu-ilmu yang banyak. Secara umumnya, ilmu ini terdiri daripada Ilmu Riwayah dan Ilmu Dirayah.

Ilmu Riwayah ialah ilmu yang membincangkan tentang perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. (hadis).

Ilmu Dirayah ialah kaedah-kaedah dan permasalahan  yang boleh diketahui melaluinya keadaan perawi dan perkara yang diriwayatkan (hadis) dari sudut penerimaan  atau penolakan.

Namun ilmu yang mula-mula terbit ialah Ilmu Riwayah dan riwayat yang pertama dalam ilmu ini ialah hadis daripada Ummul Mukminin Khadijah r.a.h tentang permulaan wahyu dan kisah datangnya Jibril a.s di Gua Hira’.

Kemudian lahirlah ilmu-ilmu yang lain berdasarkan perintah Allah s.w.t dan keperluan umat Islam pada waktu itu.

Ilmu Al-Jarh Wa At-Ta’dil

Ilmu ini membincangkan tentang keaiban perawi dan keadilan mereka berdasarkan lafaz yang khusus bagi penerimaan riwayat mereka ataupun penolakan riwayat mereka.

Ilmu ini disyariatkan pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan dalil daripada Al-quran dan hadis yang sahih dari pada Nabi s.a.w. Dalil Al-Quran seperti firman Allah s.w.t :

Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.                                                                                                                                                                                                                      (Surah Hujurat : 6)

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.                                (Surah An- Nur :15)

Namun ilmu ini berkembang secara meluas pada zaman sahabat dan zaman selepasnya. Antara tokoh pada zaman sahabat ialah : Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn Salam, Ubadah ibn As-Somit, Anas ibn Malik dan Aisyah r.a.h.

Manakala pada zaman tabien, tokoh-tokohnya ialah : Said ibn Jubair ( 95H ), Said ibn Al-Musayyib ( 94H ) Muhammad ibn Sirin ( 110H ), dll. Begitulah seterusnya pada zaman-zaman seterusnya yang menampakkan kemunculan ramai ulama’ yang memperkatakan tentang ilmu ini.

Ilmu Rijal Hadis /Tarikh Ar-Ruwath (Perawi)

Ilmu ini memperkenalkan tentang keadaan-keadaan setiap perawi dari segi tarikh kelahirannya dan kewafatannya, guru-gurunya, murid-muridnya, negaranya dan selain daripada itu yang berkaitan dengan sejarah bagi perawi tersebut.

Ilmu ini juga berkembang dengan pesat pada kurun ke-3 Hijrah melalui Imam Ali Ibn Abdullah Al-Madini ( 243H ), Muhammad ibn Ismail Al-Bukhari ( 256H ), dll.

Ilmu Gharib  Al-Hadis

Ilmu ini menerangkan makna yang tersembunyi daripada hadis nabawi dengan mengetengahkan lafaz yang gharib (jarang dijumpai) dan menjelaskan maknanya.

Ilmu ini pula berkembang pada awal kurun ke-3 Hijrah. Ulama’ yang pertama yang menulis kitab mengikut disiplin ilmu ini ialah Abu Ubaidah Ma’mar ibn Mathna At-Taimi ( 210H ).

Ilmu ‘IIal Hadis

Ilmu ini membincangkan tentang sebab yang tersembunyi yang mencacatkan hadis seperti menyandarkan kepada Nabi s.a.w  bagi hadis yang maqtu’ (terputus iaitu hadis yang disandarkan pada tabien) atau meletakkan sanad bukan pada matan hadisnya.

Ilmu ini juga berkembang  pada awal kurun ke 3 Hijarah melalui Al-Hafiz Yahya ibn Mu’in (233H), Imam Ahmad ibn Hanbal (241H) dll.

Ilmu Muktalaf Hadis Wa Musykilah

Ilmu ini menghimpunkan hadis yang pada zahirnya adalah bertentangan pada satu sama lain dan dibuat persepakatan bagi hadis tersebut samada dengan perkaitan bagi yang mutlak, atau pengkhususan bagi yang umum.

Ilmu ini juga berkembang pada kurun ke-3 Hijrah di tangan Imam Idris As-Syafie ( 204H ) dalam kitabnya “Ikhtilah Al-Hadis”, Imam Al-Hafiz Abi Muhammad Abdillah ibn Muslim ibn Qutaibah Ad-Dinuri ( 276H ), Imam Abi Ja’far Ahmad ibn Muhammad At-Tohawi ( 321H ) dll.

Ilmu Mustholah Al-Hadis

Ilmu ini ialah ilmu tentang usul dan kaedah untuk mengenali keadaan sanad dan matan dari sudut penerimaan dan penolakan (hadis).

Ilmu ini bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Namun ilmu ini menjadi sebuah ilmu yang ditulis dan direkodkan di dalam kitab pada kurun ke-4 Hijrah di tangan Qadi Abu Muhammad Al-Hasan ibn Abd Rahman ibn Khallad Ar-Ramahurmuziy (360H). Beliau telah membukukan ilmu ini di dalam sebuah kitab dan menjadikan ilmu yang tersendiri (dipisahkan daripada ilmu lain) melalui kitabnya Al-Muhaddis Fasil Baina Ar-Rawi Wa Al-Wai’.

Kemudian ilmu ini berkembang dengan pesat sehinggalah perbincangan bagi ilmu ini masih hangat dikalangan ulama’.

Ilmu At-Takhrij Al-Hadis Wa Dirasah Al-Asanid

Ilmu At-Takhrij Al-Hadis

Ilmu yang menunjukkan tempat hadis pada sumbernya yang asal yang dikeluarkan dengan sanadnya dan martabat hadis ketika diperlukan.

Ilmu ini pula berkembang pada kurun ke-6 Hijrah apabila Muhammad ibn Musa Al-Hazami As-Syafie’ ( 548H ) mengarang sebuah kitab yang berjudul “Takhrij Ahadis Al-Muhzab”.

Dirasah Al-Asanid

Ilmu yang mempelajari silsilah perawi dengan mengikuti sejarah mereka, dan pengetahuan perkara yang kuat dan perkara yang lemah tentang mereka, dan sebab-sebab kekuatan dan kelemahan mereka, dan menyingkapkan bersambung atau terputus sanad berdasarkan pengetahuan tarikh kelahiran dan tarikh kewafatan dan segala yang berkaitan dengan ilmu al-jarh wa at-ta’dil.

Demikianlah ilmu-ilmu hadis secara umum buat pengetahuan semua . Sesiapa yang ada penambahan dipersilakan. Jadikanlah ruangan ini tempat perbincangan bersama semoga kita mendapat natijah yang sama.

Hadis Hari Ini

عن أبي عمرو – وقيل أبي عمرة – سفيان ابن عبد الله رضي الله عنه قال : قلت يا رسول الله قل لي في الإسلام قولا لا أسال عنه أحدا غيرك قال قل آمنت بالله ثم استقم.

(رواه مسلم)

Maksudnya: “ Aku telah bertanya, Wahai Rasulullah s.a.w., katakn padaku satu perkataan dalam Islam yang tidak akan aku tanyakan kepada seorang pun selain engkau! Baginda s.a.w. bersabda: “Katakanlah, aku beriman dengan Allah, kemudian istiqamah”.                                                  (Riwayat Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s