Perpustakaan Hadis 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memancarkan nur iman yang begitu gemilang di dalam hati umat Nabi Muhammad s.a.w. Cahaya ini kemudiannya memancarkan nur ilmu yang melimpah ruah, malah hampir setiap detik cendekiawan-cendekiawan Islam dan para ulama menemui sesuatu yang baru daripada dulu hinggalah sekarang.

Persoalannya, apakah asasnya? Sehinggakan umat Islam boleh mengecapi perkembangan ilmu yang cukup luar biasa ini… Jawapannya, kita mempunyai asas yang kukuh, iaitu asas al-quran dan as-sunnah. Ya Allah! Setinggi-tinggi syukur buat-Mu yang melimpahkan nikmat yang tak terhingga ini.

Ruangan yang saya buka ini, saya beri nama Perpustakaan Hadis. Ruangan ini bertujuan untuk menyampaikan berita yang penting tentang permata-permata ilmu Islam dalam bidang hadis yang semakin hari semakin menyerlah.

Di sini, saya hendak mengajak siding pembaca yang berminat untuk mengikuti perbincangan tentang “Perpustakaan Hadis”, agar sentiasa mengikuti perbincangan dalam ruangan ini. Segala respon dan maklum balas merupakan kunci kejayaan kepada perbincangan ini.

Secara ringkas tentang perbincangan “Perpustakaan Hadis” serta pengisian-pengisian yang akan dibawa di dalam ruangan ini. Perpustakaan Hadis ini saya terjemah daripada kalimah ِArab (المكتبة الحديثية). Ini merupakan sukatan pelajaran di universiti saya dan merupakan sukatan yang baru.

Sukatan ini membicarakan tentang manhaj-manhaj para muhaddis yang silam dalam mengarang kitab-kitab mereka yang menjadi rujukan utama buat umat Islam secara umumnya dan buat cendekiawan Islam secara khususnya. Selain itu, subjek ini juga dapat memudahkan buat ilmuwan Islam untuk mengkaji hadis dengan lebih mendalam serta meringkaskan waktu bagi mendapatkan hasilnya.

Setelah saya menamatkan subjek ini, saya mendapati, subjek ini sangat berguna dan penting bagi kita yang ingin berjinak-jinak dalam ilmu hadis. Pengetahuan ini dapat mengukur kualiti kitab-kitab yang dikarang oleh ulama’. Manakala pengukuran yang dibuat, bukanlah daripada ulama’ yang terkemudian sahaja bahkan di dalam kitab-kitab ulama’ yang terdahulu sudah ada ungkapan-ungkapan pengiktirafan terhadap nilai kitab-kitab tersebut.

Cukuplah buat sekadar itu pengenalan terhadap ilmu ini.

Hadis Hari Ini:

عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه أن رجلا قال للنبي صلى الله عليه وآله وسلم : أوصني قال لا تغضب فردد مرارا قال لا تغضب.                                          (رواه البخاري

Maksudnya:

Sesungguhnya telah berkata seorang lelaki kepada Nabi s.a.w.: “Berikan wasiat kepada aku!” Nabi s.a.w. bersabda: Jangan marah. Maka ditanyakan lagi, Nabi s.a.w bersabda: “Jangan marah”.                                                                                                                                                                                                                                           (Riwayat Al-Bukhari)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s